Mahirah Zakaria
Tukang masak tersohor negara, Chef Wan dilaporkan telah dimasukkan ke
Hospital Gleneagle Pulau Pinang akibat mengalami gatal-gatal dan bengkak
di bahagian dihidung.
Memetik laporan portal hiburan Murai, doktor telah mengesahkan
pembedahan perlu dilakukan sebelum kuman merebak ke bahagian mata lalu
ke otak yang boleh mengakibatkan keadaan bertambah teruk sehingga boleh
mengakibatkan maut.
"Saya telah ke hospital kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama
tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung
dan perlu dibuang secepat mungkin.
"Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada x-ray
pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata dan takut
ianya berjangkit ke otak," kata Chef Wan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.