KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP, PAS dan PKR
mencapai keputusan terbaik peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) menerusi kerjasama ketiga-tiga parti itu pada Pilihan Raya Umum
(PRU) 1999, 2008 dan 2013.
Pada PRU 1999, empat parti Barisan Alternatif (BA) terdiri
daripada DAP, PAS, PKR dan Parti Rakyat sebelum dikenali Pakatan Rakyat
(PR) terpaksa berdepan cabaran juru strategi dan propaganda UMNO/BN yang
menggunakan pendekatan lidah bercabang dalam kempen mereka dengan
memberi amaran kepada orang Melayu bahawa “DAP + PAS = Islam Hancur”.
Pada masa sama mereka memberitahu Cina bahawa undi untuk
DAP sama dengan undi untuk PAS dan Negara Islam, sebuah negara yang
tidak mempunyai babi, alkohol, kuil, gereja, karaoke, dan sekolah Cina;
semua perempuannya perlu menutup kepala; perempuan cantik tidak akan
mendapat kerja; dan hukuman potong tangan dan kaki akan dilaksanakan.
Umumnya, pengundi Melayu pada PRU 1999 tidak terpedaya
dengan helah itu, tetapi pengundi Cina menjadi mangsa pembohongan dan
gertakan Barisan Nasional (BN).
PAS pula muncul pemenang terbesar dalam BA apabila berjaya
memenangi 27 kerusi Parlimen, 98 kerusi DUN dan membentuk kerajaan di
Terengganu selain mengekalkan Kelantan, manakala DAP berdepan kekecewaan
besar apabila mendapat hanya 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR
pula memenangi 5 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.
Pada PRU 2013, ketika berdepan cabaran Pakatan Rakyat (PR),
penyusun strategi dan propaganda UMNO/BN kembali menggunakan pendekatan
lidah bercabang dan menyebarkan pembohongan.
Mereka mengingatkan Melayu
bahawa PAS akan menjadi boneka DAP, manakala Cina pula diingatkan
bahawa DAP akan menjadi alat PAS.
Tidak seperti PRU 1999, pengundi Cina tidak termakan umpan
UMNO/BN pada PRU 2013. Bagaimanapun, tidak seperti PRU ke-10,
pembohongan yang disebar UMNO telah memberi dampak pada pengundi Melayu.
Natijahnya, UMNO berjaya mendapat keputusan lebih baik pada
PRU-13 berbanding 2009 dengan menambah 9 lagi kerusi, daripada 79
kepada 88 kerusi, hasil perubahan undi di kalangan pengundi Melayu luar
bandar.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata,
berdasarkan sempadan kawasan pilihan raya sekarang, dengan mengambil
kira undi 55 peratus sebagai “kerusi selamat”, BN kini mempunyai 82
kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis, manakala PR mempunyai 60
kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.
Menurutnya, 82 kerusi selamat BN itu merangkumi lima kerusi
bandar dan 77 kerusi luar bandar atau 53 kerusi majoriti Melayu, 0
kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan Bumiputera.
51 kerusi majoriti tipis BN pula merangkumi 30 kerusi
majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, sembilan kerusi campuran dan 12
Bumiputera.
60 kerusi selamat PR merangkumi 16 kerusi majoriti Melayu,
25 majoriti Cina, 18 campuran dan satu Bumiputera. 29 kerusi majoriti
tipis PR merangkumi 20 kerusi majoriti Melayu, empat majoriti Cina dan
lima campuran.
Keputusan PRU-13 yang menghasilkan 89 Ahli Parlimen PR,
merangkumi 38 DAP, 30 PKR dan 21 PAS dieksploit dan diseleweng
konspirator UMNO/BN untuk menyebarkan pembohongan, antaranya membuat
tuduhan tidak berasas bahawa PAS adalah boneka DAP.
Beliau tidak hairan apabila cybertrooper UMNO
menyelewengkan kenyataan saya selepas Muktamar PAS ke-59 untuk
menonjolkan seolah-olah saya mengisytiharkan bahawa PAS tidak mungkin
berkembang tanpa PR, sedangkan saya menyebut bahawa setiap parti dalam
PR iaitu DAP, PAS, dan PKR, mendapat manfaat daripada kerjasama mereka.
PAS berkembang daripada sebuah parti yang lebih berpengaruh
di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, menjadi sebuah
“parti nasional” pada PRU-13 apabila memenangi kerusi Parlimen dan DUN
di setiap negeri di Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.
Bagi DAP pula, pembabitan dalam PR membolehkan parti itu
memenangi 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, termasuk 16 di
Semenanjung yang kurang daripada 60 peratus pengundi Cina dan 44 kerusi
DUN yang kurang dari 60 peratus pengundi Cina.
Prestasi PKR (1999 hingga 2013)
PKR pula memanfaatkan kekuatan di kawasan “campuran”
seperti DAP dan PAS, PKR juga mendapat manfaat daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
“Kawasan campuran” – di mana tiada pengundi daripada sesuatu kaum lebih dari 60% – dulunya merupakan kubu BN.
Bagaimanapun, kecenderungan UMNO terhadap isu perkauman dan
rekod buruk BN dalam urus tadbir dimanfaatkan pembangkang untuk menawan
majoriti kerusi campuran di Semenanjung.
PKR memanfaatkan mesej PR yang inklusif serta keupayaan
bergerak setiap parti untuk memenangi kerusi campuran sejak dua PRU
lalu.
Pada 1999, satu-satunya kerusi Parlimen dimenangi PKR yang
mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67%
Melayu). Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang
daripada 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% Melayu) yang terletak
dalam Parlimen Permatang Pauh.
Tsunami Abdullah Badawi pada 2004 merebahkan PKR sehingga tinggal satu kerusi Parlimen – Permatang Pauh.
Bagaimanapun, pada 2008, PKR muncul sebagai parti
pembangkang terbesar dengan memenangi 31 kerusi Parlimen. 20 daripada 31
kerusi Parlimen yang dimenanginya (65%) itu adalah kerusi campuran di
mana pengundi Cina atau Melayu kurang daripada 60%. Daripada 40 kerusi
negeri yang dimenangi PKR pada 2008, 29 (73%) adalah kerusi campuran.
Pada 2013, PKR memenangi 28 kerusi Parlimen di Semenanjung.
22 (79%) daripadanya adalah kerusi campuran. 29 (69%) daripada 42
kerusi negeri yang dimenangi PKR pada 2013 adalah kerusi campuran (lihat
Jadual 1).
Jadual 1: Bilangan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi
PKR (1999 hingga 2013) termasuk angka dan % kerusi yang mempunyai kurang
dari 60% pengundi Melayu dan Cina (Semenanjung Malaysia).
PKR Semenanjung
|
1999
|
2004
|
2008
|
2013
|
Parlimen
|
5
|
1
|
31
|
28
|
DUN
|
4
|
0
|
40
|
42
|
Parl, <60 p="">
60>
|
0
|
0
|
20
|
22
|
Negeri, <60 p="">
60>
|
0
|
0
|
29
|
29
|
Parl campuran %
|
64.5%
|
78.6%
|
||
DUN campuran %
|
72.5%
|
69.0%
|
Daripada empat kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada PRU
2013 dan tidak dimenanginya pada PRU 2008, tiga daripadanya boleh
disifatkan sebagai kerusi campuran iaitu Lumut, Bukit Katil dan Batu
Pahat. Kerusi keempat, Alor Setar, tidak termasuk dalam kategori
campuran, tetapi hanya 61% daripada pengundinya adalah Melayu (lihat
Jadual 2 di bawah).
Jadual 2: Kerusi parlimen baru dimenangi PKR dalam PRU 2013
Negeri
|
Kod Parlimen
|
Kerusi Parlimen
|
% Melayu
|
% Cina
|
% India
|
% Lain-lain
|
KEDAH
|
P009
|
ALOR STAR
|
61.2%
|
33.6%
|
4.6%
|
0.5%
|
PERAK
|
P074
|
LUMUT
|
51.1%
|
35.4%
|
12.0%
|
1.5%
|
MELAKA
|
P137
|
BUKIT KATIL
|
52.6%
|
40.8%
|
5.7%
|
1.0%
|
JOHOR
|
P150
|
BATU PAHAT
|
51.5%
|
45.6%
|
1.4%
|
1.5%
|
Ini adalah sebahagian daripada rumusan kemenangan PKR iaitu
kemampuannya mengumpul sokongan pengundi daripada semua kaum dengan
memanfaatkan daya tarikan dan keupayaan mobilisasi ketiga-tiga parti PR.
Rumusan kemenangan ini paling menguntungkan PKR, namun ia
boleh juga diterapkan kepada PAS dan DAP. Malah, pada PRU 2013, PR
memenangi 41 (66%) daripada 62 kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi
Melayu dan Cina kurang daripada 60%. 22 daripada 41 kerusi itu dimenangi
PKR, DAP (16) dan PAS (3).
Cabaran PR pada PRU akan datang ialah untuk mengembangkan rumusan kemenangan ini ke-21 lagi kerusi Parlimen campuran.
Johor memerlukan perhatian kh
usus memandangkan 12 daripada 21 kerusi Parlimen itu terletak di Johor.
PR kalah tipis di beberapa kerusi campuran pada PRU-13,
termasuk Cameron Highlands, Bentong, Labis, dan Pasir Gudang. Semua
kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti undi kurang daripada 1,000.
Empat lagi kerusi – Setiawangsa, Segamat, Ledang, Tebrau – dimenangi BN dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,000 undi.
Satu lagi cara menunjukkan ketiga-tiga parti PR mendapat
manfaat daripada kerjasama dalam PR ialah menerusi jadual di bawah yang
menunjukkan keputusan pilihan raya sejak 13 PRU lalu.
Jadual di bawah menunjukkan kerjasama ketiga-tiga parti
pada PRU 1999, 2008, dan 2013 membolehkan DAP, PAS dan PKR mencapai
keputusan terbaik di peringkat Parlimen dan DUN.-Roketkini.com
Parlimen
|
DAP
|
PAS
|
PKR
|
Jumlah kerusi
|
|||
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
|
||
1959
|
-
|
-
|
13
|
58
|
-
|
-
|
104
|
1964
|
-
|
-
|
9
|
53
|
-
|
-
|
104
|
1969
|
13
|
24
|
12
|
62
|
-
|
-
|
144
|
1974
|
9
|
46
|
-
|
-
|
-
|
-
|
154
|
1978
|
16
|
53
|
5
|
88
|
-
|
-
|
154
|
1982
|
9
|
63
|
5
|
82
|
-
|
-
|
154
|
1986
|
24
|
64
|
1
|
98
|
-
|
-
|
177
|
1990
|
20
|
57
|
7
|
30
|
-
|
-
|
180
|
1995
|
9
|
50
|
7
|
45
|
-
|
-
|
192
|
1999
|
10
|
38
|
27
|
62
|
5
|
58
|
193
|
2004
|
12
|
44
|
6
|
86
|
1
|
59
|
219
|
2008
|
(1+) 28
|
47
|
(1+) 23
|
66
|
31
|
97
|
222
|
2013
|
38
|
21
|
30
|
222
|
|||
DUN
|
DAP
|
PAS
|
PKR
|
Jumlah kerusi
|
|||
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
|
menang
|
bertanding
|
||
1959
|
-
|
-
|
42
|
200
|
-
|
-
|
282
|
1964
|
-
|
-
|
25
|
158
|
-
|
-
|
282
|
1969
|
31
|
57
|
40
|
185
|
-
|
-
|
360
|
1974
|
23
|
120
|
-
|
-
|
-
|
-
|
360
|
1978
|
25
|
127
|
9
|
204
|
-
|
-
|
276
|
1982
|
12
|
131
|
18
|
223
|
-
|
-
|
312
|
1986
|
37
|
118
|
15
|
265
|
-
|
-
|
447
|
1990
|
45
|
87
|
33
|
114
|
-
|
-
|
447
|
1995
|
11
|
103
|
33
|
171
|
-
|
-
|
394
|
1999
|
11
|
88
|
98
|
234
|
4
|
70
|
394
|
2004
|
15
|
104
|
36
|
265
|
0
|
121
|
505
|
2008
|
73
|
102
|
84
|
232
|
40
|
176
|
505
|
2013
|
95
|
103
|
85
|
236
|
49
|
172
|
505
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.