Oleh Subky Latif
Dalam kempennya ketika merebut jawatan Naib Presiden Umno dulu, Datuk Mukhriz Mahathir menyebut akan peri perlunya dia bertanding dan memenangi jawatan itu, demi memudahkan Umno/BN menghadapi PRU 14 nanti.
Umno jangan melihat mudah PRU itu memandangkan prestasinya yang hambar dalam dua Pilihan Raya Umum sebelum itu. Demi demikianlah beliau perlu menembusi pimpinan tertinggi parti itu.
Yang Mukhriz sebut itu dapat diertikan sebagai kebimbangannya atau tidak yakinnya keupayaan Umno bagi memastikan Umno dapat kembali cemerlang, malah belum tentu dapat mempertahankan prestasi yang hambar sekarang.
Maka baginya dia mesti menang dan kalau mahu Umno tidak kecundang, maka pemilihan Umno itu mesti menerimanya sebagai salah seorng dari tiga Naib Presiden itu.
Dia tidak berjaya sekalipun pencapaian percubaan pertamanya itu dikira cemerlang, tetapi dia kalah. Dengan kekalahannya itu maka kebimbangannya terhadap kemampun Umno menghadapi PRU 14 tidak hapus.
Ertinya, percubaan awalnya bagi menjamin kejayaan PRU14 itu gagal. Gagal jadi Naib Presiden tidak mengapa kerana dia boleh mencuba lagi, tetapi payah bagi memenangi PRU14 adalah suatu yang bukan mainan.
Pelan A Mukhriz bagi menawan PRU14 sudah rosak. Sekarang dia terpaksa memikirkan Pelan B bagi menghadapi suatu yang logik masa depan yang gelap.
Itu perspektif politik nasionalnya. Perspektif dalaman partinya dan politik peribadinya, kagagalan itu dia dapat memintas politik Khairy Jamaludin dalam perlubaan menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri masa depan.
Jika dia memangi pemilihan itu dulu, dia sudah berada selangkah di hadapan Khairy. Dalam apa keadaan pun dia akan dilihat dulu dari Khairy.
Menyerti pertandingan Naib Presiden itu dulu pun adalah jalan pintasnya bagi menyekat Khairy. Bapanya pun juga dipercayai berfikiran bebgitu.
Tiada orang yang tidak disukai oleh bapanya selain dari Anwar Ibrahim ialah Khairy. Itu andaian semasa bapa mertua Khairy Perdana Menteri dulu. Mungkin sekarang sudah berubah.
Mengapa Mukhriz hendak merebut jawatan Naib Presiden yang sedia ada penyandangnya tetapi tidak sedia merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang juga ada penyandangnya?
Harapan untuk menewaskan Khairy adalah kosong. Khairy bukan lembik seperti Ketua Pemuda sebelumnya. Jika Khairy selembik itu, maka Mukhriz mudah masuk. Ketua Pemuda dulu tidak nampak sangat lembiknya kerana ada Khairy.
Prestasi Khairy setakat ini pada Pemuda Umno adalah kelas. Tambahan pula dia sudah jadi menteri. Bukan Mukhriz saja susah menghadapi Khairy, Presiden FAM pun susah.
Tiada harapan Khairy boleh digantikan masa ini. Maka akan membuang masa bagi Mukhriz mencubanya.
Peluang meninggalkannya ialah dengan mencuba satu dari kerusi Naib. Jika tunggu sekali lagi baru hendak mencuba, maka ia pasti meninggalkan Mukhriz jauh ke belakang.
Setakat ini, perlumbaan ke puncak itu antara Khairy dan Mukhriz saja sama seperti persaingan antara Musa Hitam dan Tengku Razleigh pada zaman Tun Razak dan Tun Hussein bagi tempat pertama dalam politik dan akan sama pula kedudukan Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir setelah Tun itu menjadi Perdana Menteri. Ku Li sentiasa di belakang.
Kini Mukhriz masih di belakang. Bagaimana dia hendak ke depan? Caranya hanya satu iaitu Najib atau Mahyuddin melakukan apa yang Tun Hussein lakukan terhadap Mahathir apabila dia mengambil orang di belakang Ghafar Baba dan Ku Li untuk jadi TPM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.