Ahad, 1 September 2013

Selangor bantu keluarga OKU, Adun keluar duit poket tanggung lesen


roda


KLANG : Pemberian bantuan motosikal tiga roda membawa sinar kepada Sri Shanker yang hilang penglihatan untuk memulakan perniagaan makanan bergerak bagi menampung keluarganya.

“Dengan adanya motosikal ini, saya dan isteri mampu menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan makanan bergerak di sekitar kawasan Andalas,” katanya.

Penglihatan Shanker yang berusia 33 tahun itu, hilang sejak berusia 17 tahun akibat jangkitan kuman di mata.

Pada masa ini, isterinya, Kalimah a/p Letchmana, 30, hanya bekerja sebagai tukang cuci dan gajinya tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah dua anaknya.

Bantuan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Andalas, Jumaat lalu.

Melalui inisiatif itu, suami isteri itu dapat menjana pendapatan dengan berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Shanker juga kagum kerana Dr Xavier sanggup mengeluarkan duit poket bagi menampung bayaran ujian memandu isterinya untuk mendapatkan lesen kenderaan.- FZL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.