Ahad, 1 September 2013

Gengster ugut pukul jika pertahankan kuil dari diroboh DBKL


surendran


SHAH ALAM : N Surendran hari ini mengesyaki sekumpulan empat atau lima lelaki mengancam untuk memukulnya jika terus membantah kerja meroboh Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

Naib Presiden PKR itu berkata, kejadian berlaku apabila kumpulan samseng itu mula merapatinya dan bertindak kasar dengan menolaknya ketika beliau cuba berunding dengan DBKL.

“Saya sendiri nampak pegawai DBKL ‘arahkan’ samseng ugut saya. Mereka kata: Tak kira kamu YB (Yang Berhormat) atau tidak, kami akan pukul kamu kalau tidak undur.

“Samseng berkenaan berpakaian biasa sama seperti orang lain dan saya kenal pasti mereka bukan polis tetapi samseng,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Surendran yang juga seorang peguam bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Katanya, ia menggambarkan DBKL terdesak kerana tunduk dan mengikut telunjuk syarikat swasta sehingga sanggup mengetepikan sensitiviti keagamaan.

“DBKL harus buka peluang kepada pengurusan kuil untuk berunding, bukan arahkan samseng untuk membelasah orang sesuka hati,” katanya.

Dalam kerja meroboh itu, pemimpin PKR, S Jayathas dan wakil pengurusan Kuil ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.-FZL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.