ABDUL JALIL ALI
Kalaulah tidak kerana ditimbulkan dalam blog http://mymassa.blogspot.com. The New Village (TNV) tetap akan ditayangkan menjelang Hari Merdeka Ogos ini. Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah meluluskan, dan filem terbitan Astro Shaw, arahan Wong Kew-Lit akan menemui penonton tanpa kecoh-kecoh.
Pada hal, Tanda Putra (TP) arahan Suhaimi Baba, walaupun sudah siap bertahun-tahun, dan diluluskan oleh lembaga yang sama, hanya akan dapat ditonton umum selepas selesai The New Village ditayangkan.
Ada pihak bising kononnya TP rasis walaupun ceritanya berdasarkan fakta sejarah rusuhan kaum dalam Peristiwa 13 Mei 1969. Antara yang kuat menjerit dan mendesak filem tersebut diharamkan ialah pemimpin-pemimpin dari parti Cina. Akhirnya kita akur dengan desakan dan filem tersebut terpaksa dicincang lumat sebelum kerajaan bersetuju untuk tayangan.
Sebaliknya tidak pula pemimpin Cina menjerit walaupun TNV mengisahkan kaum Cina dan gerakan komunis yang dianggap sebagai pejuang kemerdekaan. Apakah mereka lupa keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas penduduk Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1989?
Sehari dua ini beberapa pemimpin Melayu, terutama dari Umno, begitu bersemangat menentang TNV. Naib presiden parti yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan tayangan yang dijadualkan 22 Ogos ditangguhkan, supaya tapisan lebih teliti dilakukan.
Harap-harap kita betul-betul tegas kali ini. Jangan hangat-hangat tahi ayam, panas hanya sekejap kemudian sejuk. Bukan sahaja sejuk, malah tunduk. Banyak sudah kita mengalah dan memberi.
Apabila ada pihak memperlekeh, menghina, mencabar agama, dan mengajak orang Islam berbuka puasa dengan bak kut teh @ sup tulang babi, semua tersentak dan berkobar-kobar bertekad untuk bertindak tegas ke atas pihak yang menghina.
Tegas betul nampaknya pada peringkat awal, sehingga tidak ada ikat jamin apabila kes itu dibawa ke mahkamah. Dua remaja yang terkenal sebagai ‘pemblog seks’ terus dimasukkan ke penjara sementara menunggu hari perbicaraan. Tetapi, hanya semalam dua ditahan, mereka dibebaskan pula dengan ikat jamin.
Semalam, seperti dilaporkan Bernama, ada lagi video menghina Islam dalam YouTube, sepanjang 1 minit 44 saat, berjudul 1 Hari di Hari Raya. Tengok sendirilah dalam internet. Sekiranya kita peka dan tegas, pihak berkuasa – Kementerian Komunikasi & Multimedia, juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Negara (SKMM) – sepatutnya terus bertindak ke atas penghina tersebut, tidak kira siapa.
Lihat pula apa sudah jadi dengan arahan mengharamkan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik. Fatwa mengenai perkara itu telah dibuat sejak 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
Tetapi, pihak penganjur Miss Malaysia World 2013 dan empat gadis Islam yang menjadi peserta telah mempertikai pengharaman tersebut. Siapakah mereka untuk menghujah hukum agama kita? Masihkan kita boleh bersabar?
Kadang-kadang nampak sangat kita bacul. Apa sahaja yang kita buat akan dianggap rasis, dan ditentang habis-habisan. Tentu semua masih ingat Interlok, novel Sasterawan Negara yang dijadikan teks sastera sekolah menengah. Hanya kerana satu perkataan yang bermula dengan huruf ‘k’ buku tersebut menjadi isu hangat.
Ada pihak merasakan perkataan yang satu itu berbaur rasis, dan mendesak pagi petang siang malam supaya istilah ‘k’ itu dibuang. Akhirnya kita akur – konon untuk menjaga perasaan sesetengah kaum! – dan terpaksa mencetak semula Interlok versi tanpa ‘k’.
Sekarang mereka tidak setuju pula dengan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas), di IPTA, dan seperti kata menteri, kerajaan akan memperkenalkan modul baru kursus tersebut mulai Julai tahun depan. Tunduk lagi!
Sebenarnya kita sudah terlalu berlembut, sudah banyak mengalah, dan selalu sangat menurut. Cukup-cukuplah berbuat baik. Peribahasa Melayu pun ada menyebut, buat baik berpada-pada!

Artikel Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.