SHAH ALAM - Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah liwat II akan didengar pada 17 dan 18 September ini.
Laporan memetik, timbalan pendakwaraya Noorin Badaruddin sebagai
berkata, permohonan Anwar untuk menggugurkan peguam Muhammad Shafee
Abdullah daripada pasukan pendakwaan juga akan didengar pada tarikh itu.
Perkara itu diputuskan dalam pengurusan kes di Mahkamah Rayuan hari ini.
Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apda 12
Januari lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful
Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan
membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Saiful di kondominium terbabit
antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang.
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen
337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20
tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Artikel Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.