Subky Latif, |
Sekali pun Najib pernah menyatakan dia bersikap terbuka jika dia cabar dalam pemiliihan Presiden Umno hujung tahun ini, tetapi ruang yang dibuka itu seperti menutup jalan kemungkinan adanya cabaran itu. Secara spontan timbul sangkaan banyak pihak bahawa tidak terbuka hati melihatnya dicabar sekalipun prestasi PRU13 adalah lebih buruk daripada pencapaian Tun Abdullah Badawi sebelumnya.
Jika pencapaian buruk Pak Lah membuka medan dia dicabar. Jika tiada siapa mahu mencabar Pak Lah, Tengku Razaleigh sedia. Jika sekarang tiada yang hendak mencabar Najib, Ku Li juga bersedia. Tetapi dengan apa yang dikatakan Najib tentang keterbukaannya dicabar, menjadikan peluang Ku Li dapat mencabar Najib lebih payah dari mencabar Pak Lah.
Yang menyulitkan Ku Li dulu disebabkan adanya cabaran dalam selimut oleh Najib. Tetapi dengan kosong kemungkin Najib dicabar oleh Muhyidin Yasin, pun peluang itu tertutup bagi Ku Li.
Suasana selesa Najib itu ditumpang selesa sama oleh Muhyidin.
Cuma belum tentera selesa ialah kerusi Naib Presiden. Tidak semua pemegang jawatan sekarang selesa. Tidaklah ketiga-tiganya gugur, tetapi antaranya mungkin gugur.
Siapa antara Zahid Hamidi, Hishamuddin Husein dan Shafie Afdal akan gugur tidak dipastikan. Tetapi dengan tawaran yang dibuat oleh Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman boleh menyebabkan ada yang menunggu itu gugur. Terutama apa yang mencabar itu Ketua Menteri Sabah sendiri.
Mungkin penyertaan Musa Aman itu tidak dirasakan mengancam penyandang dari Semenanjung. Ia lebih dillihat satu masalah bagi Shafie Afdal jika perwakilan Umno belum bersedia ada dua Naib Presiden dari Sabah.
Adakah Umno sudah bersih dari semangat kedaerahan? Jika semuanya sudah terbuka maka tiada sebarang keraguan buat Shafie Afdal. Shafie beroleh kedudukan itu dulu bukanlah disebabkan oleh ketokohannya yang menonjol, tetapi peluang itu dirasakan Umno memerlukan perhatian orang dari Sabah.
Kuasa Umno/BN terselamat dalam PRU 2008 adalah kerana sumbangan solid dari Sabah dan Sarawak. Dan kuasa itu sendiri goyang ketika itu adalah keinginan antara orang di Sabah mahukan perubahan dan siapa yang menilai sumbangan Sabah itu penting.
Sedar akan ancaman Sabah itu, BN berupaya menyelamatkan ancaman 16 September, 2008, tetapi bagi menjamin sokongan Sabah itu kekal, bukan sekadar memberi banyak tempat dalam kerajaan kepada orang Sabah, maka perlu diberi kedudukan penting dalam Umno kepada orang Sabah. Maka nasib memihak kepada Shafie.
Tetapi adakah Umno mahu dua orang Sabah jadi Naib Presiden? Jika Umno sudah terbuka, tiada apa yang membimbangkan Shafie, tetapi ia mengancam kedudukan dua Naib dari Semenanjung, Zahid dan Hishamuddin. Hanya seorang saja dari semenanjung boleh jadi Naib.
Itupun kalau Ali Rustam dan Isa Samad tidak menjadi cabaran yang berpotensi. Kalau keduanya atau salah seorang daripada mereka ada nasib, kedua-dua Naib dari Semenanjung yang ada itu mungkin terlepas peluang.
Kedua-dua Ali Rustam dan Isa Samad adalah orang yang pernah menjadi Naib Presiden bersama Mahyuddin dulu. Masa itu kedua-duanya lebih kanan dari Muhyiddin. Apakah kedua-duanya masih ramai orang yang seangkatan dalam perwakilan. Jika penyokong lama masih ramai, jika sentimen mahu wakil orang lama terus ada dalam Umno, ia mengurangkan peluang Zahid dan Hishamuddin untuk kekal.
Apakah pemimpin kali ini mengulang perlumbang yang sengit lagi? Memandang ramai orang-orang terkenal tidak sedia bertanding Majlis Tertinggi, mungkin di bawah Najib orang lebih sayangkan Umno dari mencari kedudukan ssendiri. Adakah ini kehebatan Nailb?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.