Rabu, 31 Julai 2013
Khairy diminta jelaskan hubungan BN dan Liga Pemuda Komunis China
Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diminta memperjelaskan perkembangan hubungan antara Barisan Nasional dengan Liga Pemuda Komunis China (Communist Youth League of China, CYL) lantaran pengakuan beliau semalam tentang kewujudan hubungan bukan kerajaan antara kedua entiti tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mengutuk sifat hipokrit Ketua Pemuda UMNO itu terhadap komunisme lantaran kerelaan untuk berdamai dengan parti komunis China meskipun parti tersebut jelas memberi bantuan kepada Parti Komunis Malaya.
Guan Eng berkata, andai begini keadaannya kenapa UMNO terus memainkan isu komunis sedangkan Parti Komunis Malaya bukan sahaja tidak lagi menjadi ancamana, malah sudah tidak wujud langsung.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan Khairy berikutan isu tayangan filem ‘The New Village’ yang dituduh sebagai mengagungkan komunis.
Baginya, adalah pelik bagi Khairy untuk mengamuk tentang apa sahaja yang berkaitan dengan komunis tetapi tidak ada masalah mengumumkan penubuhan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 bagi menguatkan ikatan antara Pemuda BN dengan pihak pemuda komunis China.
Guan Eng kini meminta Khairy untuk menjelaskan apa perkembangan hubungan bukan kerajaan antara Pemuda BN dan pemuda komunis China yang disebut Khairy bakal mengeratkan hubungan antara kedua-dua entiti besar tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menempelak hujah Khairy tentang perbezaan ideologi antara Parti Komunis China (CCP) dengan Parti Komunis Malaya, mengatakan bahawa orang UMNO sendiri pun tidak akan percaya hujah sedemikian.
Jika Ketua Pemuda UMNO itu memilih untuk berhujah bahawa Parti Komunis China sudah tidak lagi komunis pula tidak akan diterima baik oleh pihak parti itu sendiri. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.