Oleh Mohd Arif Juhani
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran
mencontohi kaedah Pakatan Rakyat menganjurkan program melibatkan puluhan
ribu penonton yang berlangsung secara aman.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata,
kebanjiran penonton dan insiden baling batu tidak sepatutnya berlaku
jika pihak berkuasa lebih aktif mengawal keadaan.
“Sepatutnya situasi ini boleh diramal penganjur dan anggota berkuasa
berdasarkan sambutan hangat peminat bola sepak kedua-dua pasukankatanya
kepada Keadilandaily.
“Saya difahamkan berlaku kebanjiran penonton sehingga mencecah 42,000
orang. Sedangkan Stadium Darul Makmur berkapasiti 35,000
penonton. Bagaimana boleh wujud keadaan ini?, soalnya.
Pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur
28 Mei lalu, berlaku kekecohan antara penyokong pasukan Pahang dan Johor
Darul Takzim (JDT).
Ekoran kekecohan itu, kedua pasukan dihukum FAM apabila Pahang didenda sebanyak RM100,000 manakala JDT pula RM20,000.
Justeru, Adun Machang Bubuk menasihatkan semua pihak bermuafakat atas semangat kesukanan
“Semangat berpasukan itu mesti ditonjolkan dengan lebih hebat bagi membuktikan rakyat Malaysia adalah matang dan profesional.
“Kesedaran sivik itu yang lebih utama untuk ditunjukkan dalam semangat kita menyokong arena bola sepak tanah air,” ujarnya.
Perlawanan ulangan separuh akhir kedua Piala FA yang dibatalkan
Selasa lalu akan dilangsungkan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.