S
Sejurus selepas berakhirnya Pilihanraya
Umum ke 13, SPR Malaysia menjadi bahan kecaman daripada pelbagai pihak
dengan sebab-sebab mereka tersendiri. Contohnya SPR Malaysia tidak
bebaslah, bersifat pilih kasihlah, dan macam-macam lagilah. Mengapa? Apa
sebabnya?
Terbaru, berdasarkan laporan portal Malaysiakini SPR Malaysia mendapat “bos” barunya…
The Election Commission (EC) is now under the purview of the deputy prime minister after a reshuffling in the new cabinet.Tourism and Culture Minister Nazri Aziz said that EC is no longer under the purview of the de facto law minister, a position that Nazri held in the previous cabinet.The EC did not feature in the list of 11 agencies and government arms which fall under the new de facto law minister, Nancy Shukri.Nazri had previously headed 19 agencies and government arms when he held this position for two terms between 2004 to 2013.Sumber : Malaysiakini
Sepatutnya SPR Malaysia menjadi badan yang bebas, bukan sekadar nama sahaja tetapi “benar-benar bebas” tanpa ditambat oleh sesiapa baik daripada parti politik hatta pihak kerajaan.
Selain daripada SPR Malaysia, dua lagi
badan yang sepatutnya bebas dan diletakkan di bawah parlimen bukannya di
bawah telunjuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang berlaku
sekarang iaitu :
- Audit Negara
- SPRM
Terus-terang kami katakan bagi kami
Audit Negara ketika ini boleh kami letakkan pada paras kepujian.
Tetapi……Ada tetapinya. Tetapi, jikalau Audit Negara lebih diberikan lagi
kebebasan tanpa dihalang untuk membuka fail-fail “ikan-ikan jerung”
yang masih lagi bebas berkeliaran di Malaysia untuk mencari mangsa
terbarunya. Insyaallah jika benar berlaku kelak, kami sangat yakin Audit Negara boleh menunjukkan taring mereka yang sebenarnya-benarnya. Tetapi…….(cukuplah setakat ini, mahu lebih lagi boleh tanya kenalan anda di Audit Negara). Sekian.
SPR Malaysia Diletakkan Di Bawah Parlimen Bukannya…
SPR
Malaysia bukan setakat patut badan bebas, Pengerusi, Timbalan Pengerusi
SPR Malaysia & setiausaha juga hendaklah daripada kalangan
profesional, bukan seperti yang berlaku sekarang. Dilantiknya kalangan
pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara.
Sepatutnya pimpinan tertinggi SPR
Malaysia dilantik daripada kalangan bekas hakim, atau ex-diplomat.
Sekurang-kurangnya, mereka-mereka ini telah ada menjadi pemerhati &
sedikit sebanyak berpengalaman dalam perjalanan Pilihanraya di luar
negara atau boleh berbicara sebagai seorang professional. Sekadar
beberapa contoh cadangan daripada kami. Terpulang…..
- Selagi tidak benar-benar bebas, SPR Malaysia jangan cepat melatah jikalau rakyat Malaysia terus mempertikainya.
- Mengapa cuba mencetuskan & meneruskan kontroversi seperti ini, bukan susah pun untuk meletakkan SPR Malaysia benar-benar bebas, bukan sekadar ucapan sahaja tetapi tindakan. Sukarkah?
Jikalau SPR Malaysia sudah diletakkan di
bawah Timbalan Perdana Menteri (TPM), apa yang boleh rakyat Malaysia
harapkan apabila SPR Malaysia terus ditambat?
Pada pandangan mata kasar kami, nama
yang diberikan agak baik, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
Baik….Tetapi, tetapi malangnya diletakkan di bawah kuasa menteri.
Kemudian masih mengharapkan rakyat Malaysia untuk menerima SPR akan
menjadi “bebas”. Mengapa tidak ditukarkan sahaja kepada Jabatan Pilihanraya Malaysia?
Sekadar pandangan daripada kami. Apa lontaran pendapat daripada kaca mata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.