Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu merupakan antara pendekatan yang dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah pemilikan rumah khususnya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Kerajaan negeri sedang berbincang dan memperhalusi usaha terbabit supaya impian rakyat untuk memiliki kediaman sendiri dapat direalisasikan. Usaha mengenal pasti tanah di beberapa kawasan tertentu sama ada milik kerajaan atau agensi di bawahnya sedang dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Karat di sini malam tadi.
Menurut Mohamed Khaled pihaknya akan meneliti semula setiap pemaju di negeri ini bagi memastikan mereka membina rumah mampu milik dalam setiap projek perumahan yang dilaksana seperti yang disyaratkan.
Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti pemaju yang disyaratkan membina rumah mampu milik tetapi tidak melaksanakannya supaya dikenakan tindakan tertentu dalam memastikan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.
Sementara itu, dalam lawatan hampir sejam ke bazar berkenaan, Mohamed Khaled mengambil kesempatan meninjau keadaan di kawasan itu selain beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung.
Yang turut hadir, Datuk Bandar Johor Baharu Burhan Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abdul Latiff Bandi. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.