Rabu, 29 Mei 2013

SPR perlu berani sahut cabaran berdebat

Wartawan Sinar Harian

Riduan Mohd Nor
Riduan Mohd Nor
 
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menggesa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan kerana mengelak cabaran berdebat dengan wakil PR.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor berkata, Wan Ahmad telah menunjukkan tahap kecenderungan dan berat sebelahnya dan menuduh PR mahu mencari publisiti melalui debat.

Menurutnya, soalnya adalah mengapa beliau tidak bersedia bertemu di atas pentas debat atau dialog bagi membuktikan pihaknya telah melakukan yang betul.

“Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu PRU13.

“Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlalu banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU13,” katanya.

Riduan berkata, mengelak dari bertemu, dialog dan berdebat menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR di pihak yang bersalah.

Katanya lagi, memfailkan petisyen di mahkamah adalah suatu mekanisme yang akan dibuat oleh pemimpin PR.

“Selain itu, banyak kaedah lagi yang akan dilakukan oleh PR termasuk bersidang di Parlimen, perhimpunan aman, memorandum dan lain-lain lagi kerana penipuan ini terlalu ketara dan perlu diketahui umum.

“Sekiranya beliau memberi pelbagai alasan, sebaiknya Wan Ahmad  meletakkan jawatan.

“Pemimpin atau pengadil perlu berani menanggung risikonya serta bersedia bertemu dengan sesiapa sahaja, bukan berselindung di sebalik media dan kuasa undang-undang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.