Rabu, 1 Mei 2013

Sebagai serangan balas, DAP meletakkan iklan kaitkan MCA dengan Perkasa

Oleh Boo Su-Lyn

Pua bersama iklan mengaitkan MCA dengan Perkasa. – Gambar The Malaysian Insider KLANG — DAP telah memulakan meletak iklan di surat khabar Cina untuk mengaitkan MCA dengan kumpulan berhaluan kanan Melayu, Perkasa, meyerang kembali parti Barisan Nasional (BN) itu yang telah mengeluarkan beberapa siri iklan sejak minggu lepas.

Iklan berwarna hitam putih yang disiarkan di Sin Chew Daily dan China Press bermula hari ini sehingga malam sebelum pilihan raya 5 Mei mengatakan undi untuk MCA bersamaan dengan undi kepada Umno dan Perkasa.

Iklan tersebut turut menyelitkan gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memegang keris dan juga naib presiden Datuk Zulkifli Noordin yang bertanding diatas tiket BN di Shah Alam.

“Satu undi untuk MCA bersamaan dengan undi untuk Umno dan undi untuk Perkasa – Zulkifli Noordin dan Ibrahim Ali,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua kepada pemberita di kedai kopi di sini hari ini.

“Kamu mahu Perkasa atau lebih suka PAS yang lebih sederhana?” tambah Pua yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara dalam Pilihan Raya 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.