oleh KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN (KAMI)
KDN
makin menggila. Isnin lalu, penguatkuasa KDN telah kacau dan ugut
penjual Harakah, di seluruh negara, termasuk di Shah Alam, Puchong dan
Kota Kinabalu.
Alasan
mengarut KDN, nama-nama penjual itu tiada dalam senarai
penjual-penjual Harakah yang pernah diserah oleh pihak pengurusan
Harakah kepada KDN, lebih 10 tahun lalu.
Nama-nama
yang tidak ada dalam senarai itu tidak boleh menjual Harakah. Dahsyat
sekali peraturan gila KDN ini; nak jual Harakah pun kena direstui oleh
KDN terlebih dahulu.
Kesannya, jualan Harakah
jatuh hampir 10 ribu naskhah. KDN mahu penjual Harakah takut untuk
pamerkan Harakah di premis masing-masing dan dengan itu pembaca sukar
dapatkan Harakah di pasaran.
Sebenarnya pihak KDN
tidak perlu mengadakan operasi rampasan setiap minggu apatah lagi
setiap hari.
Sesekali penguatkuasa KDN melancarkan operasi
sudah memadai, dengan andaian penjual dan pengedar Harakah akan
takut dan tidak berani lagi menjual "bahan terlarang".
Akan
sampai ketikanya, seperti pernah terjadi dahulu, untuk mendapatkan
Harakah mungkin lebih susah daripada membeli dadah di Chow Kit! Dan ini
berlaku di sebuah negara yang mendakwa telah melakukan proses
transformasi politik!
Justeru, penguatkuasaan gila
di atas syarat-syarat karut-marut ini mesti dihentikan segera. Menteri
Dalam Negeri yang bebal, Zahid Hamidi tidak boleh berlepas tangan; dia
harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan represif yang
primitif ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.