Khamis, 30 Mei 2013

Penasihat Najib patut disingkirkan!



Oleh ZAINUDDIN MAIDIN
 
Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukkan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe  di kedai mamak dan sebagainya.

Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukkan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.

Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin,  Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.

Memang hal ini sudah lama terasa di hati, terfikir di kepala, tertusuk di mata tetapi tidak terkata.

Seorang kawan dalam dunia korporat mengirim pesanan ringkas menepati cita rasa zamkata:

Katanya, On Daim's remark I agree fully. Najib dosen't need to compete with Anwar and try to imitate his style. It looks awful. Please tell them to stop showig the banner "I Love PM" It is disgusting. Najib Should present himself as a serious statesman not as a student  leader style.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.