HUKU KLANGL: Penduduk Ukay Perdana yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Mereka juga mengharapkan wakil rakyat yang akan dipilih nanti dapat mengekalkan prestasi sekarang dan berharap ia dapat dipertingkatkan dalam beberapa perkara berbangkit.
Bagi Khaizir Irwan Nordin, beliau berpuas hati dengan tahap keselamatan di kawasan ini selain mengharapkan masalah jalan dapat dipertingkatkan.
“Setakat ini semua okey, kes-kes (jenayah) pun tidak banyak.
“Di sini masalah yang kita nampak adalah jalan walaupun ada perlu dinaik taraf.
“Dari segi sampah pula tiada masalah memandangkan saya tinggal di Apartment Sri Putri semua mengikut jadual,” jelasnya.
Manakala Abdul Malik Mohamed Ibrahim berkata, secara keseluruhan beliau puas hati dan mengharapkan keadaan ini dapat dikekalkan.
Beliau menyarankan agar peniaga-peniaga diberi ruang perniagaan yang lebih bersistematik berbanding sekarang yang agak berselerak.
“Ruang perniagaan yang berselerak ini menyebabkan sistem pengurusan sampah agak bermasalah,”katanya.
Sementara itu, penyandang DUN Hulu Kelang, Saari Sungib dalam reaksi awal menjelaskan, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan hampir 400 unit tong sampah terutama di kawasan komersil.
Apa yang penting katanya, sistem pemantauan kutipan secara terus perlu dibuat oleh MPAJ agar ia lebih berkesan.
Beliau turut mengharapkan agar pihak MPAJ dapat mempertingkatkan harga kontrak projek kebersihan dan membaik pulih infra memandangkan ada segelintir kontraktor berhadapan masalah kekurangan peralatan serta pekerja untuk melaksanakan tugas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.