Isnin, 29 April 2013

Keganasan politik: Anwar ulangi cabar Najib debat sebelum PRU

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak berdebat sebelum PRU 13 Ahad ini dan berhenti menggunakan elemen keganasan sebagai jalan untuk memenangi pilihan raya.

“Saya mengulangi cabaran untuk berdebat kepada Najib sebelum 4 Mei ini, kerana ini adalah cara terbaik.

najib penakut-debat

"Kalau tidak setuju atas sesuatu perkara, kita bincang dan bahas, bukan cerca, maki atau baling batu,” kata Anwar pada sidang media bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Cabaran itu ekoran kebimbangannya terhadap beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya kali ini.

Antaranya, samseng ‘Waris Malaya’ mengugut dan mengancam untuk mencederakan petugas dan penyokong KEADILAN Taman Medan, 21 April lalu.

Selain itu, kereta milik anak calon DUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dibakar di hadapan rumahnya pada 25 April.

Dalam sidang media selepas itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menggesa Najib agar menyahut cabaran Anwar.

“Amat malang sekali ketika pemimpin BN yang lain seperti Chua Soi Lek, Shabery Cheek, Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin berani berdebat dengan pimpinan Pakatan, Najib sendiri tak berani,” sinisnya.

Tambah Nik Nazmi, selain takut debat, Najib terus membiarkan media arus perdana yang dikuasai BN menyuburkan budaya politik perkauman, lucah serta amalan gangsterisme.

“Najib masih mempunyai minggu ini untuk menerima tawaran berdebat dengan Anwar. Perdebatan ini saya yakin akan menarik minat rakyat Malaysia yang mahu melihat calon-calon Perdana Menteri di atas satu platform,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.