Roketkini.com
SEREMBANC: DAP membayangkan Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti memandangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti gagal memenuhi aspirasi mereka menjadi kerajaan yang telus dan berwibawa malahan terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan amanah negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penakut sebab itu rakyat Malaysia berhak memiliki seorang Perdana Menteri yang berwibawa, berani mempertahankan demokrasi, kedaulatan rakyat dan negara.
“Adakah ini bermakna Najib adalah seorang yang ‘takut kalah dan takut mati’? Kita nak Perdana Menteri yang berani lawan dan berani hidup!”
“Kenapa sampai sekarang Najib tidak bubar Parlimen? Negeri Sembilan sepatutnya menjadi negeri pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi tak bubar lagi,” katanya di hadapan ribuan hadirin di Temiang, malam tadi.
Kit Siang anggap Najib penakut kerana mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling lama tidak mendapat mandat rakyat berbanding beberapa Perdana Menteri sebelum ini.
“Najib guna segala helah untuk terus jadi Perdana Menteri, dia gunakan artis, jemput Psy datang ke Pulau Pinang dan Jackie Chan ke Kuantan.
“Kalau di Amerika artis memperkenalkan calon Presiden pilihan mereka tetapi di Malaysia Perdana Menteri memperkenalkan artis. Ini sangat memalukan,” katanya.
Kit Siang juga mengulangi azam PR untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, telus dan adil sesuai dengan semangat dan prinsip berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
“PR bukan sahaja mahu menang majoriti dan membentuk kerajaan di Negeri Sembilan tetapi juga membentuk kerajaan di Putrajaya. Jika kita mahu lihat tsunami politik sampai ke tahap tertinggi, ia perlu bermula dari Johor dan merebak ke utara, Sabah dan Sarawak.
“Perubahan yang kita mahu lakukan ini bukan untuk kita semata-mata. Kita ubah demi masa depan anak kita, masa depan anak kepada anak kita,” katanya.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.