THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR,— Tujuh rakyat Somalia yang ditahan tentera Malaysia di Teluk Aden dua tahun lepas, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merompak di atas sebuah kapal.
Ahmed Othman Jamal, 27, Abdil Eid Hasan, 22, dan lima lagi remaja bawah umur didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan kepada anggota ATM di atas Kapal Bunga Laurel di koordinat Latitud 20’14.73N Longitud 063’39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 malam hingga 10 malam, 20 Jan 2011.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas manakala pembelaan diketuai peguam Amrit Pal Singh.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan 2 hingga 13 Sept depan untuk perbicaraan kes. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.