Suasana menjelang PRU Ke-13 yang diramalkan bulan depan semakin mencemaskan. Ia dilatari dengan insiden serangan demi serangan terhadap ceramah dan kempen Pakatan Rakyat hampir seluruh negara.
Tempat ceramah dikepung, dibaling batu dan botol, di mana akibatnya ada yang cerdera, bas disimbah cat merah, kereta dirosakkan dan pelbagai lagi keganasan.
Lebih malang lagi, menurut laporan terkini, siswa/siswi yang mengedar risalah mengenai politik dan perjuangan mahasiswa berdepan dengan halangan, malah kekerasan dari pihak tertentu untuk menyekat pandangan siswa dari sampai kepada rakyat biasa.
Dalam masa yang sama, radio TV dan akhbar harian tradisional mengintensifkan kempen untuk parti yang memerintah.
Apa erti semuanya ini kalau bukan membayangkan rasa bimbang yang amat sangat kemungkinan kekalahan Umno/BN di tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Kalau tidak masakan ia kelihatan sangat cemas menghadapi PRU kali ini.
Natijah dari semua ini ialah bahawa semua orang, khususnya Umno/BN sendiri sudah sangat terasa akan kebangkitan rakyat yang puncaknya diperlihatkan dalam ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ Januari lalu yang berjaya menghimpunkan hampir 700,000 orang. Sebelum itu puluhan ribu menghadiri himpunan yang diadakan di negeri-negeri seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, scenario politik yang wujud ialah bahawa pertarungan dalam PRU akan datang sangat sengit, yang belum pernah berlaku dalam sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini.
Di tengah suasana yang sedemikian rupa, ramalan demi ramalan, kajian demi kajian dari pelbagai pihak, terutama dari universiti tempatan dan akhbar luar negara menunjukkan pertarungan paling sengit akan berlaku dalam PRU akan datang, terutamanya di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lagi.
Menurut pemerhati, pemerintahan Pakatan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah dikira selamat, kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan begitu utuh. Ketokohan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Ustaz Azizan Razak, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng dilihat oleh pemerhati sangat menyerlah, menyebabkan kekuyatan kepimpinan mereka sukar dicabar. Pakatan Rakyat yakin dapat mempertahankan Selangor, walaupun ‘serangan’ dari Umno/BN begitu kencang.
Menurut pemerhati politik, kesukaran untuk mencabar kekuatan kepimpinan Pakatan Rakyat ini menyebabkan timbulnya suasana ketegangan di sana sini yang dicetuskan oleh samseng politik musuh Pakatan Rakyat, kerana tidak mampu berhujah dalam pelbagai isu yang melibatkan nasib rakyat.
Dalam keadaan sedemikian rupa, sangat sukar diramalkan bagaimanakah suasana yang akan wujud apabila semakin dekat dengan PRU, di mana menurut ramalan akan diadakan akhir bulan depan. Dalam masa yang sama isu-isu tuntutan perjalanan pilihan raya yang bersih dan demokratik kelihatannya masih jauh untuk dicapai.
Impian rakyat prihatin memanglah mahu melihat sebuah pilihan raya yang adil dan demokratik. Sebab itu mereka sangat benci apabila mendengar dan membaca laporan mengenai pelbagai serangan oleh samseng politik di sana sini.
Mereka mahu melihat pemimpin politik kedua pihak berdebat atau berhujah di forum TV atau di pentas terbuka dalam suasana yang tenang dan terkawal. Mereka mahu mendengar hujah kedua belah pihak dalam membahaskan isu-isu mengenai rakyat, isu rasuah, penyelewengan, isu pembaziran, isu kronisme, kebebasan media dan pelbagai lagi.
Rakyat prihatin ini menolak pandangan yang bersifat rasis dan fahaman agama yang sempit yang hanya mencederakan imej Islam yang syumul.
Malangnya, sesetengan peminpin politik tidak mampu untuk berhujah secara gantelman dan ilmu dan inilah yang menyebabkan berlakunya ketegangan yang nembantut usaha mennegakkan kebebasan dan demokrasi.
Rakyat prihatin sangat berhajatkan suatu suasana yang tenang aman, penuh demokratik dalam PRU akan datang, di mana pemimpin parti politik bersedia untuk berhujah di forum tersebut.
Di sana boleh didebatkan isu-isu nasional dan antarabangsam di mana pemimpin parti yang berdebat boleh mengemuakakan manifesto, gagasan dan idea parti mereka jika berkuasa, atau huja dapat mempertahankan kuasa.
Inlah kemahuan rakyat prihatin selepas lebih setengah abad merdeka, bukan berhujah dengan hal-hal yang remeh temeh, isu-isu pribadi, fitnah, isu perkauman, pandangan agama yang sempit, dendam politik, samseng, sogokan wang dan sebagainya.
Itulah sebabnya pilihan raya mestilah menjadi ‘Pesta Demokrasi’ seperti yang berlaku di beberapa negara jiran, yang memperlihatkan bahawa pilihan raya mereka berlansung dalam suasana yang penuh demokratik dan meriah. Iaitu ada perdebatan sihat di TV dan di lapangan yang boleh disaksikan oleh rakyat dalam suasana yang paling tenang dan selamat, bukan dalam suasana yang berkecamuk dengan samseng politik yang berkeliaran di sana sini.
Dengan suasana yang demikian, barulah rakyat boleh menentukan parti manakah yang mempunyai idea dan gagasan terbaik untuk masa depan negara dan rakyat. Dalam masa yang sama rakyat juga boleh menilai calon mana yang yang terbaik baik dari segi ilmu, keupayaan, keterampilan dan paling dekat dengan rakyat dalam suasana tenang.
Ertinya pengundi boleh menilai calon mana yang bermutu, yang boleh digantungkan harapan untuk membela mereka apabila menang. Bukan berdasarkan caplon atau parti mana yang paling mampu menaburkan janji dan wang yang banyak, maka sebab itu ia layak dipilih.
Semuanya ini hanya wujud dalam suasana pilihan raya yang telus, demokratik, tidak ada penipuan, tiada manipulasi, uguta dan sebagainya.
Saya percaya inilah suasana pilihan raya yang dituntut oleh Bersih 2.0 itu. Oleh itu adakah 10 perkara tuntutan Bersih itu boleh tercapai menjelang PRU akan datang? Rakyat akan menghakiminya.
Di sinilah, tidak ragu-ragu lagi, terletaknya kuasa rakyat menjadi hakim terbaik untuk menentukan parti dan calon mana yang mereka pilih nanti. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.