Oleh Ridzuan Shamsudin
KUALA LUMPUR - Penurunan harga sawit yang berterusan sejak
setahun lalu menjejaskan pekebun sawit dan peneroka Felda secara
keseluruhan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said
berkata, satu mekanisme mengkaji dan menetapkan harga sawit boleh
dilaksanakan Pakatan Rakyat.
Katanya, dilema yang dihadapi pekebun kecil hari ini gagal
diselesaikan oleh kerajaan kerana enggan berunding secara dua hala
dengan Indonesia.
“
Harga sawit dan getah tertekan. Kos pengeluaran di Indonesia terlalu rendah. Jadi negara itu boleh jual sawit lebih murah.
“Dalam hal ini Malaysia perlu turunkan kos sekiranya ingin jual
sawit. Termasuk beberapa jenis cukai yang relatif tinggi berbanding
negara pesaing,” jelasnya.
“Harga getah turut tertekan. Dulu RM6.80 sekilo sekarang RM3.80. Kita
perlu menetapkan harga lantai dalam industri getah (bantuan akan diberi
jika melepasi had harga tersebut),” katanya kepada Keadilan Daily.
Suhaimi juga mengecam pelabur syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melabur dalam industri sawit di Indonesia.
Katanya, mereka menanam sawit secara besar-besaran sehingga mengakibatkan lambakan.
Bagaimanapun, jelas Suhaimi, syarikat besar masih memperolehi
keuntungan berdasarkan saiz ladang berbanding pekebun kecil yang rugi
teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.