Oleh: Aliff Fikri
KAJANG 26 Jan: Keluarga Sugumar Cheliah mendesak anggota polis yang
terlibat dalam pembunuhan mangsa di Taman Seri Nanding, Hulu Langat
dikenakan hukuman setimpal.
Dalam kejadian petang 23 Januari lalu, Sugumar dikejar 4 anggota polis sebelum mangsa dibelasah dalam keadaan tangan bergari.
Sepupu mangsa, Ananthakannan berkata, tindakan Hospital Serdang
enggan membenarkan keluarga masuk ke bilik mayat untuk membuat
pengecaman membuktikan wujud komplot terancang dalam kes tersebut.
“Kita yakin polis telah bekerjasama dengan pihak hospital untuk
menyembunyikan kenyataan sebenar agar anggotanya terlepas dari hukuman
dan hidup bebas.
“Saya juga tidak mempercayai dakwaan pihak hospital yang menyatakan Sigumar mati kerana serangan jantung.
“Ia tidak logik sama sekali. Mengapa ketika beliau mati terdapat
beberapa kesan calar ditubuhnya dan mengapa beliau mati dalam keadaan
tergari? Ini perlu dijawab,” katanya ditemui di depan Ibu Pejabat Daerah
(IPD) Kajang, semalam.
Bapa saudara mangsa, A Kuppusamy pula kesal dengan tindakan polis
terhadap mangsa yang ternyata tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
“Adakah begini caranya anggota polis menjalankan kerja?.
“Inikah dia polis yang digambarkan mesra rakyat sehingga sanggup membelasah anak saudara saya sampai mati?.
“Saya sama sekali tidak boleh menerima dengan apa yang berlaku, polis
yang terlibat perlu dihukum dan dikenakan tindakan segera,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.