Beliau menegaskan, pihaknya sedia berdepan dengan tindakan itu bagi membuktikan kebenaran berhubung isu berkenaan.
Katanya, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan skim khairat kematian sebanyak RM2,500 menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas berdaftar dan ia akan diserahkan kepada keluarga setelah individu itu meninggal dunia.
“Untuk menambah baik usaha SMUE ini, kita masukkan juga program Jom Shopping yang tidak termasuk dalam rancangan kita dulu.
“Saya tidak tahu (mengenai tuntutan takaful).
Sebab itu saya minta pergi (perkara itu dibawa) ke mahkamah. Kalau tidak nanti mereka akan cakap di luar dan tiada bukti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpunan Guru-Guru Sekolah Agama Negeri Selangor, di sini, semalam.
Hadir sama, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Pengarah Jabatan Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin.
Kelmarin, 200 warga emas dari Parlimen Shah Alam mengadakan bantahan aman menagih janji caruman khas untuk perlindungan kesihatan dan kematian golongan tersebut di Seksyen 18, di sini.
Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo dilaporkan berkata, tindakan saman secara berperingkat terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diambil untuk menuntut caruman berjumlah RM1.25 bilion sejak 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.