Selasa, 29 Januari 2013

Bishop hadiah kek harijadi untuk TG Nik Aziz

KL TODAY

 

PULAU PINANG: Selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di hotelnya dekat sini. Di majlis itu, Francis Sebastian telah memberikan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82.

Pertemuan ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi acara spontan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini.



Pertemuan ini berlaku ketika masih panas ancaman yang dibuat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali agar Bible yang mempunyai perkataan Allah dibakar.


Ancaman ini dibuat Ibrahim ketika konvensyen Perkasa yang diadakan di Pulau Pinang juga.


Pertemuan dua tokoh agama yang berbeza ini telah meredakan ketegangan yang cuba dihangatkan oleh proksi Umno itu.



Sebelum ini, ketika mengulas saranan Ibrahim itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perkasa adalah proksi Umno.


Bishop Francis berkata, negara memerlukan contoh semangat yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, sentimen yang tidak akan disukai oleh Ibrahim Ali dan penyokongnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.