Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu Najib telah menggunakan bahasa yang tidak wajar dalam usaha membuat serangan terhadap pemimpin-peminpin PR.
Sehubungan itu, dalam komen pertama Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegeaskan Najib tidak mempunyai kaliber kerana gagal menggunakan bahasa yang sesuai semasa berucap di khalayak - depan perwakilan di Dewan Merdeka, di mana ucapannya juga disiarkan secara langsung.
Anwar juga menimbulkan persoalan sama ada parti pimpinan Najib harus dipertahankan oleh rakyat pada PRU13.
"Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu?
"Ucapan pembukaan Najib dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin PR terutamanya saya di dalam bahasa yang tidak wajar digunakan," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini di sini.
Dalam ucapannya, Najib mengibaratkan Anwar sebagai Si Kitul moden dan menghina intelek rakyat Malaysia kerana tanpa rasa malu mengadu kepada negara luar untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini.
"Waima, sudah 12 kali pilihan raya umum dijalankan di negara ini.
"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," sindir Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasiona (BN).
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum Pembangkang berkata, jika Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk menyaingi PR, beliau perlu menyahut cabarannya untuk bersemuka dan berbahas.
Katanya, melalui kaedah itu rakyat boleh menilai pihak yang benar atau pun tidak.
"Janganlah berselindung disebalik propaganda murahan kamu (Najib) dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun untuk berdebat dengan saya di dalam gelanggang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.