Tahniah..syabas kepada Sabah & juga
Malaysia. Bertambah sudah etnik di Sabah. Warganegara Malaysia sendiri
pun punyalah susah nak dapatkan kad pengenalan yang sememangnya mereka
patut perolehi tanpa sebarang kerumitan dan lebih mudah. Tetapi apa yang
berlaku adalah sebaliknya….
Amir Syed Bin Abdullah pun dah dapat kad pengenalan. Persoalan yang bermain di minda kami selama ini, di mana lokasi yang sesuai untuk diletakkan saudara baru kita ini, Amir Syed Bin Abdullah mengundi bersama-sama rakyat Sabah pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
Tiada yang mustahil, sejarah yang pernah
kami muatkan laporan berita mengenai SPR selama ini di Berita Semasa
pelbagai berita “pelik” dan “tidak masuk akal” melibatkan daftar pemilih
di Malaysia pernah berlaku. Antara laporan berita yang kami maksudkan
adalah seperti :
- Kampung Baru pun boleh mengundi
- Dikesan 1538 orang yang berumur lebih 100 masih lagi layak untuk mengundi
- Ada kes yang menunjukkan orang yang sama tetapi kelebihan memiliki 2 nombor kad pengenalan yang berbeza
- Ada 2 pengundi ini boleh memiliki kad pengenalan lama yang sama dan juga alamat lama yang sama tetapi kad pengenalan yang berbeza
- Rupa-rupanya Malaysia memiliki seoarang rakyat Malaysia yang merupakan manusia tertua di dunia pada umur 158. Wong Kwan Moy namanya. Dan paling pentingnya beliau layak untuk mengundi. Tahniah kami ucapkan…
Jikalau disemak nombor kad pengenalan
Amir Syed Bin Abdullah ini. Beliau lahir pada tahun 94 bersamaan 18
tahun. Apa rahsia beliau kelihatan tua dan berumur pada usia semuda 18
tahun ini?
Walauapapun, yang penting Amir Syed Bin
Abdullah sudah pun bergelar warganegara Malaysia menyertai 28 juta
rakyat Malaysia yang lain termasuklah anda, anda dan anda di sini….
“The MyKad clearly shows the name of the individual as ‘Amir Syed Bin Abdullah’ with the number 941025-12-7089 and his face is clearly shows he is of Pakistani descent and not from among KadazandusunMurut (KDM) community,” he said.Hasipin, who is a villager of Kg.Paganatan Laut, said he and others went to the National Registration Department (NRD) office here to verify the validity of the MyKad and were informed that the MyKad was genuine.
Kalau Amir Syed Bin Abdullah dah ada
anak kelak, anaknya layak menikmati pelbagai kemudahan yang dinikmati
warganegara Malaysia sekarang ini :
- Anaknya akan semua buku teks secara percuma
- Susu 1Malaysia percuma
- Bantuan murid 1Malaysia pun percuma
- Apa lagi?
- Dan……tidak lupa juga layak menerima duit bantuan pelajar miskin @ asnaf. Macam-macam boleh dapat. Kasut sekolah percuma, beg sekolah percuma dan macam-macam lagi…..
P/S : Tahniah Amir Syed Bin Abdullah.
Semoga “terus berbakti” & “membalas budi” kepada negara. Jadilah
warganegara Malaysia yang patriotik, insyaallah “anda akan selamat”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.