Sebuah
mesin pengeluaran automatik (ATM) Bank Islam di Masjid Al-Hidayah,
Jalan Sentul di ibunegara gagal dipecah sekumpulan suspek dalam kejadian
samun yang dipercayai berlaku awal semalam.
Kejadian itu disedari pada kira-kira jam 9 pagi ketika seorang pencuci sedang menjalankan tugasnya di dalam kiosk itu, yang turut menempatkan mesin deposit wang milik Bank Islam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata pemeriksaan mendapati beberapa kesan bakar dan pecah pada ATM itu, yang dipercayai menggunakan bahan Oxytelene.
Beliau berkata polis percaya suspek tidak meneruskan cubaan memecah ATM itu setelah menyedari perbuatan mereka dikesan orang awam yang melalui kawasan tersebut.
"Suspek dipercayai tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian setelah gagal memecahkan ATM," katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam tadi.
Zakaria berkata siasatan di tempat kejadian turut menemui dua tong gas dan satu beg galas yang mengandungi peralatan pecah rumah.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.