KUALA LUMPUR:
Peserta Himpunan Hijau yang berkhemah semalaman berhampiran Dataran
Merdeka, bersurai sebelum pukul 11 pagi, Isnin. Pengerusi Himpunan
Hijau Wong Tack memberi ucapan ringkas kepada orang ramai.
Seorang lagi pemimpin Wong Chin Huat kemudian memberitahu orang ramai untuk beredar.
Antara mereka yang hadir di Dataran ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Exco Selangor Ronnie Liu.
Polis kemudian mengalihkan penghalang di sepanjang Jalan Raja.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penghadang telah
dialihkan sebaik sahaja penunjuk perasaan meninggalkan tempat itu.
Pada Ahad,
penunjuk perasaan tiba di Dataran Merdeka selepas kumpulan terawal
berjalan lebih kurang 300km dari Kuantan 13 hari lalu.
Sepanjang perjalanan, mereka telah disertai penyokong lain.
Kumpulan itu telah membatalkan rancangan mereka untuk berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.