Tanpa iklan dan publisiti besar-besaran menerusi akhbar arus perdanan dan media eletronik No: 1, 2, dan 3 semalam telah berlangsung dua himpunan agak besar juga di ibu negara Kuala Lumpur yang mencecahkan penyertaan lebih 40,000.
Himpunan itu ialah Himpunan Hijau menentang projek nadir bumi (Lynas) di Pahang dan himpunan membantah dasar pendidikan nasional oleh golongan pendidikan Cina Dong Zong bertempat di Petaling Jaya. Ramai yang tidak sedar mengenai kedua-dua himpunan itu sebenarnya. Sebelum ini tidak ada apa-apa publisti dan penguar-uran di mana-mana media massa seperti mana himpunan Bersih atau pun himpunan-himpunan lain seperti anjuran Anak dan lain-lain.
Himpunan Hijau di Dataran Merdeka. |
Yang paling mengejutkan ialah himpunan Dong Zong di Petaling Jaya itu. Tidak kedengaran bahawa kumpulan pendidikan Cina itu menguar-uarkan himpunan berkenaan. Tidak ada pun riak risik mengenainya. Inilah cara orang-orang Cina bekerja dan bertindak, mereka tidak hebuh tetapi bertindak dalam senyap. Apa yang mereka lakukan tak ubah seperti api di dalam sekam. Mereka bukanlah ayam yang bertelor sebiji riuh sekampung.
Mustahil kalau pihak pengajur tidak mengetahui akan himpunan Hijau di Dataran Merdeka itu, mungkin mereka sudah sepakat untuk 'menyerang' negara secara serentak dari dua versi berbeza, tanpa disedari 'musuh' - kerajaan UBN.
Kedua himpunan itu membawa maksud dan tujuan berbeza. Ia nampak semacam berlainan tujuan dan matlamatnya. Tetapi jika diamat-amati ia membawa motif dan sasaran yang sama. Himpunan di dataran merdeka menentang Lynas, manakala himpunan di Petaling Jaya mengenai bantahan kepada dasar pendidikan nasional. Kedua-duanya membawa konotasi menentang dan membantah.
Satu mengenai alam sekitar satu mengenai pendidikan. Namun kesan ialah kepada kerajaan yang memerintah hari ini. Lynas adalah projek yang dibangunkan oleh kerajaan di Pahang, manakala pendidikan adalah dasar yang digubal oleh kerajaan. Ertinya kedua himpunan itu menyerang kerajaan. Dong Zong membantah dasar pendidikan nasional dan mahu mengekalkan pendidikan vernakular tujuannya mereka mahu diberikan kebebasan mutlak dalam penggunaan bahasa ibunda di sekolah-sekolah Cina.
Orang Cina memang mempunyai iltizam yang tinggi untuk apa-apa juga perkara berhubung hidup mereka. Mereka boleh bergaduh dan mereka akan menjadi kiambang yang bercantum antara satu sama lain apabila ada biduk yang menerpa menganggu mereka.
Paling ketara ialah kedua-dua penyertaan himpunan itu didominasikan oleh orang-orang Cina. Yang menjadi kepala penentangan terhadap Lynas ialah orang Cina manakala yang menjadi ketua kepada himpunan di Petaling Jaya ialah persatuan pendidikan Cina, Dong Zong. Dalam erti kata lain kedua-dua himpunan itu ada kepentingan dengan orang Cina. Bagaimana pun sedikit menjadi persoalannya ia turut sama dihadiri oleh orang pimpinan politik Melayu dan India. Apakah kehadiran orang Melayu di himpunan Dong Zong itu menandakan mereka menyokong tuntutan itu, mahu memperkasakan bahasa ibunda (Cina)?
Kalau jawabannya tidak ternyata mereka sudah terjerat. Termasuk jerat dengan tanpa digunakan umpan adalah sebodoh-bodoh manusia.
Naluri sebenar kedua-dua himpunan itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan UBN. Cuma didalam hal ini orang-orang Cina cerdik dan bijak kerana mereka melakukan kerja sambil menyelam minum air. Mereka terus mengganyang kerajaan yang semakin lemah hari ini atau pun yang sukar untuk akur kepada kehendak mereka. Mereka tahu menghitung dan mentafsir bahasa alam, apabila kerajaan UBN jatuh dan naik kerajaan baru mereka akan menuntut segala apa yang mereka kehendak itu. Ketika itu kerajaan baru akan memenuhinya kerana sebagai membalas budi mereka yang tidak seberapa itu.
Himpunan Dong Zong di Petaling Jaya, |
Seandaian tuntutan itu sekadar seperti mana dituntutkan hari ini tidak mengapa; untuk memastikan bahasa ibunda mereka kekal dalam sistem pendidikan negara, ataupun alam sekitar dijaga sebaik mungkin agar tidak membahayakan kehidupan rakyat negara ini. Orang Melayu dan kaum lain juga tidak terlepas dari terganggu dengan bahaya alam sekitar.
Tetapi apa kata kalau tuntutan itu lebih besar dan jauh dari itu? Ini kena difikirkan dan tanda soal ini harus senantiasa ada di kepala. Dan orang Cina sendiri yang ghairah untuk menumbang kerajaan yang ada dengan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat, perlu juga tidak berlebih-lebihan dalam membuka cita-cita mereka. Apa yang mereka harus sedar dan fahami naluri dan perasaan rakyat Melayu negara ini dan hendaklah senantiasa mengenangkan kepada realiti. Sesiapa pun ada apa saja kalau melencung dari realti ia akan musnah.
Terjemah daripada kedua-dua himpunan semalam adalah penolakan kepada kerajaan UBN secara total. Bahawa berilah apa-apa bantuan dan janjilah bulan dan bintang atau dacing versi baru kepada mereka, mereka tidakakan peduli lagi. Orang Cina tidak akan berpaling lagi ke belakang dan apa yang mereka nampak adalah jong besar di hadapan. Mereka telah mengambil mata lebam untuk melihat harapan mereka di dalam bulan.
Kepada orang Melayu hendaknya jangan terikut-ikut sangat dengan politik chauvenisme orang Cina. Dan dalam konteks perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya Pas, apa yang ditempa ialah bukan soal kepentingan perkauman dan materialistik tetapi perpaduan dan ukhwah yang hendak dibina atas perasaan keagamaan dan keTuhanan. Orang Melayu jangan lari dari paksi ini dan ia perlu diberikan warning sepanjang masa kepada kaum-kaum lain, bahawa persamaan tindakan politik kita berdasarkan kepada keadilan menurut ajaran agama bukannya bangsa atau kaum jauh sekali duniawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.