Jumaat, 26 Oktober 2012

UMNO OH UMNO!!! Busuk hati punya pasal, lembu korban pun dicurinya?

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHMIuNmbzETE4KxwT74VsjR0Ccjf-pzXoZdQmKaR0sil7vTYE42GkxoQDh14zWIdrkyd489DH9BvNERzVytxEBMNcYYmeT3vPrNrD364y2wKrXu5SiLybq_Qk9mkSPPi3jSMBLIK9-sWZ1/s1600/umno+lembu.jpg 
 
Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting  untuk Masjid  Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir ,Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo ,berasa sesuatu tak kena.jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai,yang memberitahu penulis  ,lembu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. Sisibukit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.