Mahkamah
Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara
12 tahun terhadap suri rumah Yim Pek Ha, yang didapati bersalah atas
tiga pertuduhan mencederakan pembantu rumah Indonesianya, Nirmala
Bonat, lapan tahun lepas.
Keputusan sebulat suara itu dicapai panel tiga
hakim diketuai Hakim, Datuk Clement Allan Skinner, yang berpendapat
tidak ada sebab untuk mahkamah tersebut mengganggu dapatan Mahkamah
Tinggi.
Bagaimanapun,
Hakim Skinner berkata, Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta perayu
sudah menjalani hukuman penjara dua bulan ketika ditahan reman pada
2008.
Oleh itu, Yim hanya perlu menjalani tempoh hukuman penjara selama 11 tahun 10 bulan.
Sejurus
selepas keputusan, Yim, 44, kelihatan menangis dan memeluk suami,
anggota keluarga serta rakan yang berada di galeri awam.
Dia akan menjalani hukuman di Penjara Kajang mulai Isnin.
Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Yim, 44,
berdepan empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadapNirmala
di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan
April 2004.
Dia
didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala dengan
seterika panas serta air panas dan dihukum penjara 18 tahun oleh
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada pertuduhan keempat iaitu mencederakan Nirmala dengan cawan logam.
Ketika merayu di Mahkamah Tinggi, hukuman penjara Yim dikurangkan kepada 12 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.