Sumber : The Economist
Hutang Malaysia Terkini
: Sebelum berlangsung Pembentangan Bajet 2013 petang ini, apa kata kita
semak hutang Malaysia yang terkini. Mengikut semakan data yang
diperoleh terus daripada Bank Negara ini, di mana datanya telah
dikemaskinikan pada 24 September 2012 yang lalu. Kalau diikutkan…..
Kalau
diikutkan dari tahun 1988 sehingga tahun 2011, Belanjawan Negara secara
purata mencatatkan -2.89% daripada KDNK. Rekod tertinggi hanya yang
positif pada bulan Disember tahun 1997, 2.4%; dan, rekod terendah,
negatif ialah pada bukan Disember 2009.
Jumlah Hutang Kerajaan Malaysia Tahun 2007 – September 2012?
- Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
- Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
- Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak pelru bimbang)
- Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
- September 2012 (terkini): RM476.68 bilion : (Laporan hari ini)
Hutang Kerajaan Malaysia Sebelum Bajet 2013
Sumber : Bank Negara
- Kami berharap kerajaan Malaysia sudah pun mengambil ikhtibar dan mengambil tindakan yang drastik termasuklah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 atau Laporan Transparency International.
- Apa perlu dilakukan adalah mengurangkan pembaziran amalan rasuah ataupun disebut leakages dalam laporan Ketua Audit Negara termasuk rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan kerugian yang besar. Bagaimana laporan Ketua Audit pada masa itu, semak sini (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa Respon Kerajaan Selepas Ini?
Sebelum
ini, Credit Suisse, Fitch Rating, Standard & Poor’s, semuanya
memberikan gambaran yang cukup membimbangkan yang harus menuntut
kerajaan Malaysia mengambil langkah yang serius mulai sekarang.
Janganlah berlengah lagi. Contohnya :
- Fitch Rating : Memberikan peringatan & amaran kepada kerajaan Malaysia kerana profil kredit Malaysia yang mula meningkat naik. Petanda tersebut menunjukkan di sini ada kemungkinan kewangan Malaysa ketika ini dalam keadaan lemah.
- Apatah lagi, kerajaan Malaysia masih belum membentangkan pelan yang meyakinkan untuk menangani ancaman defisit fiskal belanjawan persekutuan dan jumlah hutang persekutuan.
- Standard & Poor’s : Jika kerajaan Malaysia tidak membuat pembaharuan yang drastik untuk mengurangkan pembaziran dan usaha membendung rasuah yang boleh megurangkan defisit fiskal, PENARAFAN KREDIT Malaysia besar kemungkinan akan dipotong.
- Apabila penarafan kredit Malaysia mula dipotong, Malaysia akan berada dalam “masalah”
P/S
: Sama-sama kita nantikan apa mekanisme dan langkah yang digunapakai
oleh kerajaan Malaysia kali ini bagi mengekang lonjakan hutang negara
Malaysia selepas ini dalam pembentangan Bajet 2013?
PP/S : Apa respon anda dnegan keadaan hutang Malaysia ketika ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.