Khairil Abdul Rahim, |
KUANTAN: Sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berjaya
menghalang kerajaan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada
Lynas (M) Sdn Bhd sementara menunggu satu perbicaraan.
Mahkamah Tinggi Kuantan kelmarin membenarkan permohonan NGO berkenaan untuk memfailkan permohonan mencabar keputusan Menteri Sains, Telnologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen tersebut.
(Gambar: Suasana di luar Mahkamah Tinggi Kuantan sebelum keputusan diumumkan.)
Hakim Datuk Mariana Yahya membenarkan permohonan yang difailkan Pengerusi SMSL Tan Bun Tet, Syed Talib Syed Sulaiman dan Hasemah Ramli dalam kamar yang menamakan Maximus dan AELB selaku responden pertama dan kedua.
Ketika bercakap kepada media, Tan berkata mahkamah telah bersetuju memberikan kebenaran untuk SMSL meneruskan permohonan supaya keputusan yang dibuat oleh menteri dibicarakan.
“SMSL diperuntukkan satu hari perbicaraan ke atas keputusan menteri untuk tidak menarik balik (TOL) itu dan akan dibicarakan di sini (Mahkamah Tinggi Kuantan) di mana kita akan memohon supaya lesen TOL tidak diberikan kepada Lynas sehingga perbicaraan ini tamat.
“Maknanya, kilang tersebut (Lynas) tidak boleh beroperasi hingga kes ini selesai. Lynas tidak akan masuk campur dalam perbicaraan yang dijalankan dan hanya akan terlibat apabila perbicaraan sebenar bermula kelak yang akan diberitahu oleh pihak mahkamah", ujarnya.
Tambahnya, SMSL turut memohon responden pertama dilarang daripada mengeluarkan apa-apa lesen sementara atau lesen tetap kepada Lynas kecuali syarikat tersebut mengemukakan butiran lengkap Laporan Penilaian Kesan Ke Atas Alam Sekitar (DEIA) kepada responden kedua dan tertakluk kepada kelulusan DEIA atau Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Pada 30 Januari lalu, AELB telah meluluskan syarat permohonan Lynas iaitu TOL sementara pada 13 Jun pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah membuat keputusan menolak rayuan Ismail Abu bakar, V. Raman Abujavali dan Tan Ah Meng terhadap keputusan AELB (meluluskan TOL).
Mengikut jadual, Lynas akan beroperasi penghujung tahun ini setelah mendapat TOL daripada kerajaan.
SMSL diwakili peguam-peguam Datuk Bastian Pisu Vendagon, Hon Kai Peng, R.Saregapari, Ang Vendargon dan Gene Vendagon manakala Lynas pula diwakili Sunil Abraham dan Wong Kah Hui.
Turut hadir Kamal Azira mewakili Peguam Negara.
Sementara itu turut berada di Mahkamah Tinggi Kuantan semasa perbicaraan berlangsung ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Berserah Syed Mohammad Tuan Lonnik, Ketua Penerangan PKR Pahang Razali Alias serta beberapa pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.