Lim Guan Eng
MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan
tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam perlaksanaan undang-undang
hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang
menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang
sudah hilang. Kedua-dua MCA dan Gerakan seakan-akan "pesalah yang
melemparkan tuduhan dahulu" dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan
untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong
perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam.
Saya
ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong
perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang
hudud oleh PAS.
Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah
goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk
memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti
dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.
Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang
miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.
DAP
dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia
berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan
perbezaan ini untuk memecah belahkan kita. Untuk sebab ini, DAP dan PAS
telah menandatangani "dasar bersama" yang menyatakan kerangka kerjasama
kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa
depan. Jelas, "dasar bersama" tersebut tidak menyebut tentang
perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan
persekutuan PR masa depan.
Ini berbeza dengan UMNO Pulau Pinang
yang telah memanggil untuk perlaksaan hudud di Pulau Pinang dan di
serata negara. Malah ADUN Kemelah, Johor daripada UMNO Ayub Rahmat
telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan
"undang-undang hudud sebenar", yang berbeza dengan versi PAS kerana
"undang-undang hudud sebenar" UMNO akan merangkumi rakyat bukan Islam
juga. Bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang Azhar Ibrahim tetapi
Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga telah meluluskan ketetapan untuk
menyokong undang-undang hudud untuk semua.
Dalam
erti kata lain, UMNO yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke
atas bukan Islam adalah lebih ekstrem berbanding PAS yang hanya ingin
melaksanakannya ke atas orang Islam. Saya tidak kedengaran
pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk UMNO ataupun Presiden MCA
Chua Soi Lek menggunakan kata-kata "sida politik" terhadap UMNO. Kenapa
MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin-pemimpin
UMNO terhadap hudud untuk semua? DAP tidak akan menggunakan taktik
jijik dan kotor yang digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap
pemimpin-pemimpin DAP.
DAP tidak pernah menyalah gunakan imuniti
parlimen untuk menonjolkan video seks Chua Soi Lek. Kami juga tidak
menyerang Chua sebagai orang tidak bermoral yang mempimpin parti tidak
bermoral. Kami juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan
sepertimana Gerakan buat terhadap saya dan keluarga saya. Malangnya,
keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin
Gerakan terhadap UMNO yang disokong penuh walaupun UMNO bagai tidak
endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Koh Tsu Koon telah
dikoyakkan.
Jangan kita lupa bahawa UMNO-lah yang telah
mengharamkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab injil bahasa Melayu
yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak. Ini berbeza dengan PAS
yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk
menggunakan kalimah "Allah" seperti yang menjadi kelaziman selama
beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia.
Jelas
terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dan kerjasama MCA
atau Gerakan dengan UMNO, apabila PAS dan UMNO dua-dua menyokong hudud
dan negara Islam. PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin
melaksanakannya ke atas bukan Islam sementara UMNO hanya menyokong hudud
untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa
Cina atau Inggeris. DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama
iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan
MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup.
*Lim Guan Eng ialah Setiausaha Agong DAP dan ahli parlimen Bagan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.