Pengasas Durian FM,
Jamaluddin Ibrahim mengesahkan bahawa orang rapat Perdana Menteri Najib
Razak, iaitu Siew Ka Wei telah mengambil-alih 50% saham Durian FM.
Pada masa yang sama, Jamaluddin Ibrahim menegaskan bahawa kedua-dua
pihaknya mencapai persetujuan agar pihak Siew Ka Wei tidak campur tangan
dalam kandungan rancangan radio internet tersebut.
Daripada maklumat yang dipetik dari Reuters, Bursa, dan Alacrastore.com, Redberry Sdn Bhd di bawah syarikat Ancom telah membeli 50% saham Durian FM dengan harga RM1 pada awal Julai 2012. Pengakuan Jamaluddin Ibrahim hari ini telah mengesahkan laporan MerdekaReview pada 29 Februari 2012, walaupun Jamaluddin pada ketika itu menafikan khabar tersebut.
Ketika ditanya wartawan MerdekaReview sejak bila rundingan antara dirinya dengan Siew Ka Wei bermula, beliau menjawab, "Bila rundingan berlaku?... emm...ini... Usahlah dimaklumkan hal ini."
Wartawan menyusul lagi dengan soalan sama ada kandungan rancangan akan berubah pada masa depan, berikutan 50% saham Durian FM kini dipegang orang pro-Barisan Nasional, Jamaluddin Ibrahim berkata, "harap-harap tiada pengaruh (ke atas kandungan rancangan)."
Sementara mendakwa pihak Siew Ka Wei tidak memiliki bidang kuasa untuk campur tangan dalam kandungan media, Jamaluddin Ibrahim juga "berharap" agar pihak Siew tidak campur tangan dalam kandungan mediannya. Di samping itu, Jamaluddin Ibrahim berkata kedua-dua pihaknya telah memeterai perjanjian, dan termaktub dalam perjanjian bahawa kandungan radio akan ditentukan Jamaluddin.
Bagaimanapun, Jamaluddin tetap menegaskan bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab kepada kandungan rancangan radionya, pihak Siew tidak berkuasa untuk campur tangan dalam kandungan media sungguhpun memiliki 50% saham.
Ketika ditanya sama ada beliau bimbang imejnya terjejas, memandangkan dirinya pernah dilihat sebagai penganalisa politik yang lantang bersuara, kini pula membuka pintunya kepada syarikat pro-BN.
"Saya tak boleh halang pandangan orang terhadap diri saya," sebelum beliau menambah, "Usahlah label secara keterlaluan dia (Siew Ka Wei) orang siapa, mengapa nak buat benda ni... Benda komersial ini berlaku tiap-tiap hari, cuma dia ada keperluannya, dan saya pula ada benda yang ingin saya lakukan."
Jamaluddin berkata, halatuju Durian FM tidak akan berubah pada masa depan, dan berharap radio ini akan menjadi lebih baik.
Siew Ka Wei ialah salah seorang pemilik Kumpulan Redberry, dilihat sebagai orang yang rapat dengan Najib. Syarikat itu memiliki Malay Mail, Malaysian Reserve, dan juga pengendali Bernama TV. Selain itu, Siew Ka Wei ialah pemegang saham besar Ancom, 4758, AncomLB,0048,dan Nylex,4944.
Durian FM ditubuhkan pada 8 Mac 2011, selepas Jamaluddin Ibrahim digugurkan dari rancangan call-in "Say Hi to Malaysia" di FM98.9 milikan MCA pada tahun 2010. Rancangan tersebut didakwa "mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan bias", sehingga disiasat Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC). Susulan daripada kejadian tersebut, Star Rfm Sdn. Bhd milikan MCA mengambil langkah untuk menggantung jawatan (suspend) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, sebelum memecat mereka kemudiannya.

*Lim Kar Yin ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.