Kalau disemak kebanyakan negara-negara di luar termasuklah negara maju seperti Jepun sendiri pun tidak wujud istilah kabinet bayangan.
Ada cakap-cakap yang yang mengatakan sistem dua parti yang diamalkan
oleh negara seperti Australia dan Britaian pernah wujud kabinet
bayangan. Benarkah?
Tetapi yang kami sedia maklum sebuah lagi negara yang juga mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika tidak sama sekali mempunyai kabinet bayangan. Ditambah lagi, rakyat Amerika sendiri pun tidak mendapat kepastian siapa ketua negara mereka
untuk penggal-penggal yang akan datang, apatah lagi menteri kabinet
jauh sekali. Itu semua hanya boleh diketahui selepas keputusan
pilihanraya mereka diumumkan. Sampai begitu sekali……
Walaubagaimanapun, akhirnya penantian sesetengah pihak yang menantikan senaraian kabinet bayangan Pakatan Rakyat “berbalas” di mana baru-baru ini Kolumnis Free Malaysia Today, Selena Tan telah tampil menamakan Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat
sekiranya pembangkang menang PRU ke 13 kali ini.
Selena Tan dikatakan
telah berjaya mendapat butiran senarai dan maklumat bagi kabinet
bayangan Pakatan Rakyat daripada kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
yang mana tidak mahu nama mereka didedahkan kepada umum. Kata mereka…..
Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat (PR) Selepas Pilihanraya Umum Ke 13?
1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)
2) Timbalan Perdana Menteri:
3) Kementerian Kewangan:
- Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)
- Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)
- Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. ( Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini)
4) Kementerian Pelajaran:
- Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara)
- Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang)
- Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang)
5) Kementerian Dalam Negeri:
- Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor)
- S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat)
- Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam)
- Azmin Ali (PKR, MP Gombak)
- Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena)
- M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan)
(Mereka-mereka ini dijangka akan
mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari
yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan
Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting
dalam organisasi PDRM )
- Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai)
- Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera)
- Tian Chua (PKR, MP Batu)
(Mereka-mereka ini juga dijangka akan
mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas
pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang
telah menyertai PAS selepas bersara.)
7) Undang-undang Kementerian:
8) Kementerian Kesihatan:
- Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP)
- Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong)
- William Leong (PKR, MP Selayang)
- R Sivarasa (PKR, MP Subang)
- Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
9) Kementerian Pengangkutan:
- Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
- Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
- Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
- Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
- Khalid Samad (PAS Shah Alam MP)
- Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
- Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan)
(Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak)
10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri :
11) Kementerian Pertanian:
- Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor)
- Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP)
- Husam Musa (PAS, DUN Salor)
- Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
- Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS
dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak
peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)
13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
- Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat)
- Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
- Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan)
14) Kemterian Alam Sekitar :
- Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
- Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai)
15) Kementerian Wanita:
- Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan)
- Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat)
- Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping)
- Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang)
- Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah)
- Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang)
16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama:
Apa pendapat anda semua dengan senaraian bagi kabinet Bayangan Pakatan Rakyat ini? Ada cadangan & pandangan untuk dikongsikan di sini?
- Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
- Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar)
- Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP)
- Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas)
- V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.