Pengarah syarikat terebut, Ezra Zaid dalam tulisan di Twitter berkata pasukan 20 orang penguatkuasa itu turut merampas naskhah buku dalam serbuan di Merchant Square, Petaling Jaya.
Operasi itu dibuat mengikut Seksyen 16(1)(a) atau (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak" mengikut waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.
Penguatkuasa berkenaan turut membawa anak lelaki kepada presiden parti KITA itu ke ibu pejabat mereka d Shah Alam.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengharamkan penerbitan buku berkenaan dan juga versi bahasa Inggerisnya Allah, Liberty and Love kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya "boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam."
Kerajaan turut mengharamkan buku Irshad bertajuk The Trouble With Islam Today pada 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.