Isnin, 28 November 2011

Lagi bantahan terhadap Bil Perhimpunan Aman

Susan Loone & Low Chia Ming


Bantahan terhadap rang undang-undang Perhimpunan Aman di Pulau Pinang berterusan tanpa sebarang gangguan daripada pihak polis semalam.

penang protest over peaceful assembly bill 271111 01Lebih daripada 100 orang berkumpul di sudut pidato Pulau Pinang bagi menyertai bantahan yang dianjurkan oleh NGO hak asasi manusia, Suaram. Turut memberi sokongan adalah beberapa ahli exco kerajaan negeri dan ADUN.

Mereka yang hadir termasuk Chow Kon Yeow (DAP-Tanjung), Ng Wei Aik (DAP-Komtar), Jason Ong (PKR-Kebun Bunga) dan pengerusi Yayasan Lim Lean Geok, Datuk Toh Kin Woon yang juga bekas pemimpin Gerakan.

Perhimpunan ini adalah yang kedua, berikutan bantahan oleh 400 orang di Kuala Lumpur City Centre pada hari Sabtu lalu.

Dalam bantahan ini, kumpulan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rang undang-undang itu sambil membawa sepanduk dan dan melaungkan 'hidup rakyat!

penang protest over peaceful assembly bill 271111 02Bagi mereka Akta Perhimpunan Aman itu mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.

Walaupun kereta peronda polis mengelilingi kawasan itu berberapa kali untuk memantau keadaan sebelum acara bermula, pegawai dan anggota cawangan khas tidak mengganggu perhimpunan itu.

Toh, yang juga bekas exco kerajaan Gerakan Pulau Pinang berkata undang-undang baru itu mempunyai nama yang baik-baik dan kelihatan seolah-olah kebebasan berhimpun dijamin, tetapi dalam realiti, ia mengenakan lebih sekatan ke atas orang ramai.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjanji untuk membuat reformasi pada 15 September lalu dengan menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang paling demokratik di dunia, tetapi rang undang-undang itu membuktikan bahawa beliau berbohong," kata pemimpin veteran itu.

penang protest peaceful assembly bill 281111 chow kon yeowChow, pula yang merupakan ADUN Padang Kota berkata beliau berharap kerajaan akan menarik balik rang undang-undang itu, sambil menambah bahawa "lebih pandangan harus dikumpulkan daripada orang ramai sebelum mengesyorkan undang-undang baru".

Rang undang-undang baru itu dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, ia didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.

Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.