WarkahDaily – Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal dilaksanakan pada 22 November ini di Genting Highlands iaitu ‘menghancurkan akhlak muda-mudi, anak remaja dan pelapis anak bangsa negara’ sebagai persediaan mengekalkan kuasa kerajaan BN dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
Anak muda merupakan tunjang negara di masa akan datang dan juga penentu tampuk pemerintahan dan dianggarkan 7 juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu siapakah yang meneraju kerajaan selepas PRU ke-13 akan datang.
Bukan itu je, Najib turut menyatakan konon dia adalah peminat bola sepak dan mengambil kesempatan untuk menarik perhatian golongan muda yang minat sukan berkenaan dengan menonton bola sepak perlawanan melibatkan pasukan Harimau Malaya bersama-sama anak-anak muda.
Yang terbaru, Najib mengajak penyokong Manchester United (MU) menonton perlawanan pasukan itu dengan Manchester City di kediaman rasminya. Namun kesian, pasukan kegemaran Najib diaibkan sebegitu rupa apabila dibelasah City 6-1 di gelanggang sendiri di Old Trafford. Baca di sini.
Nak tarik sokongan golongan muda punya pasal, terpaksa jadi ‘muda’ juga la.
Namun, bukan usaha itu aje yang dilakukan, malahan lebih berbahaya lagi, ada usaha untuk melalaikan golongan muda-mudi dengan hiburan melampau agar golongan itu tidak mengambil perhatian terhadap masa depan negara. Yang penting, muda-mudi diberi ‘candu’ hiburan agar lalai dan sudah tentu secara automatik, kerajaan BN mendapat sokongan mudah dari golongan itu. Yang penting bagi mereka, jangan biarkan muda-mudi sedar kepentingan memilih kerajaan yang adil dan jujur dalam pilihanraya.
Dipetik dari Harakahdaily, dilaporkan dari sebuah akhbar harian tempatan, artis luar negara yang banyak kontroversi jantina, Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November ini di Genting Highlands.
Menurut Harakahdaily lagi, Elton John seorang lelaki telah ‘berkahwin’ dengan David Furnish juga seorang lelaki pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis.
Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John.
Pada tahun 2010, mereka mendapat ‘anak’ hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John.
Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran ‘anak’ mereka itu: “We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents“.
Menurut Ketua Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek, apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia yang sihat fitrah kemanusiaannya.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah wajar artis yang rosak seperti ini mahu dibawa ke negara ini.
“Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima cara hidup yang sangat songsang ini,” ujarnya.
Menurutnya, mungkin ada yang berhujah kami bukan mahu ikut cara hidupnya yang songsang itu tetapi kami minat lagunya sahaja.
“Ya! Mungkin begitu untuk sebahagian orang yang tak kisah dengan seks rambang atau hidup secara songsang, tetapi bagi mereka yang berfikir tentang kehidupan yang lebih harmoni termasuk masa depan remaja, maka kepentingan nilai dan budaya itu lebih penting dari hanya semata-mata lagunya,” katanya lagi.
Ada juga, katanya yang beralasankan dengan hak asasi manusia, hak untuk bercakap dan hak untuk menyuarakan pandangan.
Jelasnya, hak untuk sesuatu yang menjadi fitrah semulajadi manusia mesti diraikan tetapi hak berhibur dan kemudian terpengaruh dengan kehidupan ‘bersuami isteri’ secara songsang menyalahi fitrah semuljadi manusia itu sendiri dan ia sangat merosakkan.
Beliau menambah, remaja di Malaysia dilaporkan mengalami krisis identiti seramai 6 juta orang, tidak termasuk lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenayah seks dan pelbagai kehancuran nilai.
“Pergi ke enjin pencari di internet dan taip ‘gay’ atau yang sepertinya, anda akan terkejut dengan budaya gay di Malaysia,” katanya.
Justeru, katanya kerajaan dan agensi terlibat mesti sensitif dengan isu-isu nilai yang terhakis dengan dahsyatnya sekarang.
“Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin hancurnya remaja Malaysia sendiri,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.