KUALA LUMPUR: Idham Care akan melancarkan secara rasmi skim wakaf tanah dengan harga wakaf RM 10 sekaki persegi bagi membina sebuah pusat pendidikan untuk kemudahan rakyat di negeri Perak.
Dengan nama Kompleks Pendidikan Darul Anwar, pusat pendidikan itu akan dibina di atas tanah seluas 4 ekar itu terletak di Titi Serong dengan kos keseluruhan dianggarkan berjumlah RM3 juta.
Menurut pengerusinya yang juga Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, pelancaran skim tersebut akan dibuat pada 25 September ini.
Kompleks tersebut antaranya akan mengandungi Maahad Tahfiz Darul Anwar dan Pusat Penjagaan Anak Yatim & Saudara Baru Ummu Aiman.
Menurut sasaran, beliau mengharapkan kompleks tersebut dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Saya berharap dalam tempoh terdekat segala persiapan untuk majlis pecah tanah dan pelancaran rasmi skim wakaf itu akan berjalan dengan lancar" katanya.
Senibina China
Lebih menarik, keseluruhan pembangunan kompleks itu akan bercirikan senibina negara China.
"Usaha ini adalah untuk menarik minat dan menghilang rasa curiga orang Cina kepada agama Islam yang dianggap sebagai agama orang Melayu.
"Lagipun kita sudah biasa melihat banyak mesjid dan surau menggunakan konsep senibina Arab-Turki, apalagi tidak ada bentuk khusus yang disebutkan oleh Rasulullah dalam soal membina masjid atau surau, kerana itu apalah salahnya saya merperbanyakkan koleksi rumah ibadah orang Islam dengan konsep senibina Cina" jelasnya.
Mercu utama bagi kompleks ini menurutnya adalah surau yang boleh menampung jemaah sekitar 500 orang dan pintu gebang pada pagar masuk.
Sesiapa yang ingin menyumbang dan membeli tanah wakaf tersebut boleh menghubungi beliau di nombor talifon 019-4759697, dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama IDHAM CARE No. Akaun : 558417102650. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.