Dua Datuk T terima ugutan lapor polis
BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.
Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka.
“Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
“Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama,” katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang.
Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru.
Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam.
Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan.
“Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah,” katanya. -BH
Ulasan GB
Cuba kita baca kertas yang dipegang oleh Rahim Tamby Chik itu:
Ia berbunyi:
DESAK
ESKAY PATUT DITANGKAP!
HENTIKAN FITNAH POLITIK
SUMPAH POLITIK ESKAY
BUKAN KEBENARAN
RAKYAT BANGKIT LAWAN FITNAH
SUMPAH ESKAY
PERMAINKAN SYARIAH
ISLAM!
Tang mana yang dikatakan ia "ugutan dan ancaman untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarganya" seperti yang didakwa?
Apakah kerana Rahim Tambi Chik TAKUT dengan flyer yang mendesak supaya Datuk T ditangkap kerana sudah sememang jelas mereka bertiga melakukan keselahan menerbit dan menyiarkan video lucah kepada orang ramai?
Dan kepada polis pula, kami ingin bertanya kepada kamu, mengapakah kamu-kamu bersekongkol dengan Datuk T dengan membiarkan mereka bergerak bebasyang sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil malah diberikan keistimewaan melampau pula seperti kawalan keselamatan, dipakaikan baju kalis peluru dan sebagainya sewaktu mereka mengadakan upcara sumpah laknat?
Kami ingin jelaskan bahawa, demi maruah dan integriti polis, Ketua Polis Negara wajar meletakkan jawatannya. Jika tidak melakukan demikian, Allah s.w.t. yang akan mencabutkan jawatan itu daripada kamu dan sekalian polis yang bersubahat dengan fitnah jahat ini akan menangung juga kaffarah dari Allah s.w.t.
Jangan permainkan kebenaran dan keadilan yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab polis- polis untuk sama menengakkannya, bukan mencabulinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.