Duta Malaysia ke Libya Mohd Zulkephli Mohd Noor, isteri beliau dan warga kedutaan adalah antara 127 rakyat Malaysia yang diterbangkan keluar dari Negara itu hari ini.
“Buat sementara kedutaan kita di Tripoli ditutup kerana keadaan keselamatan yang tidak mengizinkan,” kata seorang pegawai Wisma Putra ketika dihubungi.
Seramai 127 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dikeluarkan dari negara itu dan diterbangkan melalui sebuah pesawat sewa khas yang mendarat di Tunis, Tunisia, kira-kira 11.30 pagi (waktu Malaysia), hari ini.
Mereka dijangka diterbangkan ke Rom, Itali sebelum pulang ke Malaysia melalui pesawat MAS.
Difahamkan lima daripada tujuh pelajar Malaysia di Libya enggan pulang.
Keadaan Libya bergolak sejak seminggu lepas berikutan tunjuk perasaan rakyat negara itu yang mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.