LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.
Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina yang popular, "Moon Represents My Heart" (Bulan mewakili hatiku). Dalam ucapannya Nizar, bekas MB Perak itu berkata, Datuk Seri Najib adalah ketua penyamun.
Rakyat Perak telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di negeri itu tetapi Najib telah menyamun hak kerajaan dan rakyat Perak itu, katanya. Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.
Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.
Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.
Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.
Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua. Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat. Berikut adalah gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.