Sabtu, 27 November 2010

51 penagih dadah di Keningau dikesan sejak Januari hingga November

KENINGAU KINI

KENINGAU: Seramai 51 penagih dadah di kesan di daerah ini sejak Januari hingga November tahun ini membabitkan 49 lelaki dan dua perempuan. Pengerusi Pemadam Daerah Amat Mohd. Yusof berkata, 89 peratus daripadanya adalah belia tempatan termasuk mereka yang sudah berkahwin.

Amat yang juga Pegawai Daerah Keningau menyatakan perkara itu semasa berucap mewakili Pembantu Menteri Pembagnunan Luar Bandar yang juga Adun Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno, merasmikan Program Tabah Pemadam anjuran Biro Latihan Pemadam Daerah Keningau dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) GDW Kg. Meninimpir di mini dewan kampung itu pada Rabu.

Katanya, sehubungan dengan ini penglibatan masyarakat di daerah ini terutama pemimpin-pemimpin masyarakat perlu bagi membanteras penagihan dadah kalangan golongan belia tempatan.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi mengawasi anak-anak agar tidak terjerumus dalam kegiatan penagihan dadah yang telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai musuh nombor satu negara.

“Jika melihat tingkahlaku golongan belia mahupun remaja yang mencurigakan di kawasan masing-masing buat laporan segera kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang kini sudah berpejabat di tingkat bawah bangunan Urus setia Daerah Keningau dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau,” kata Amat.

Dalam masa yang sama Pegawai Daerah itu meminta supaya persatuan belia ditubuhkan diperingkat kampung bagi membolehkan belia menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Katanya, dengan adanya persatuan belia di kampung dapat menangani anasir-anasir yang jahat yang boleh meruntuhkan akhlak belia.

Amat dalam ucapannya juga menekankan supaya anak-anak menghormati ibu bapa mereka sebagai landasan untuk menjalani kehidupan mereka.

Program Tabah Pemadam itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang terdiri dari pemimpin-pemimpin masyarakat, golongan belia dan penduduk Kg. Meninimpir.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran George Kandavu, Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Hj. Arif, Setiausaha Pemadam Daerah Keningau Johari Tahir dan Ketua Anak Negeri Mukim Patikang Ujoh Iyai dan Pengerusi JKKK Kg. Meninimpie, Zulkhaira Maidin.

Pengisian program itu adalah ceramah bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah oleh Jabatan Kesihatan Keningau, pameran dadah oleh Jabatan Siasatan Narkotik IPD Keningau dan kempen derma darah oleh Unit Tranfusi Darah Hospital Keningau.

34 ulasan:

  1. Jauhilah dadah dari diri anda. Dadah musuh negara.

    BalasPadam
  2. 51 orang penagih dadah di keningau??harap semua penagih ini dapat ditahan. Tempatkan mereka di tempat pemulihan. Dadah ini musuh kita, jadi kita harus menangani dan menjauhi dadah dari negara.

    BalasPadam
  3. They must go for rehab and hopefully after this they will not go back to taking drugs.

    BalasPadam
  4. masalah penagihan dadah ini perlu dibanteras dengan sehabisnya. dadah boelh memusnahkan masa depan seseorang.

    BalasPadam
  5. semua anggota masyarakat juga boleh berperanan dalam membateras penagihan dadah. anggota masyarakat bukan saja perlu mengawasi anak-anak mereka, malah mereka juga perlu membuat laporan jika mengetahui sebarang maklumat yang berkaitan.

    BalasPadam
  6. jauhilah dadah, ia amat memudaratkan.

    BalasPadam
  7. Bilangan penagih semakin banyak di Sabah.

    BalasPadam
  8. 51 penagih dadah?!! Astaga, apa dah terjadi dengan belia kita.

    BalasPadam
  9. Pastikan mereka ditahan dan dihantar ke pusat pemulihan. Jangan biarkan mereka terlepas.

    BalasPadam
  10. usaha membanters penagihan dadah tidak akan berkesan jika hanya menangkap penagih tetapi pengedar dan pembekal masih terus berkeliaran.

    BalasPadam
  11. Sebaik-baiknya, semua orang harus jauhkan diri dari kegiatan penagihan dadah. Semua ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi aktiviti anak2x mereka.

    BalasPadam
  12. pihak berkuasa perlu melakukan operasi yang menyeluruh dengan memburu semua pengedar, pembekal dan menyiasat bagaimana dadah ini dibawa masuk ke negara ini. apa2pun tahniah atas kesungguhan pihak berkuasa dan teruskan usaha.

    BalasPadam
  13. This is a sad and disappointing fact about our young generation nowadays. What happen to them? Smoking, sex, abortion, violence and now drugs. Are these youngster even aware that their stupid action could destroy their future?

    BalasPadam
  14. Parents and teachers should cooperate to solve this social problem among the youngster. Parents must monitor their kids activity and also get to know who their kids hang out with because friends are usually the influencer to one's action. Teachers should also monitor their students and always give a talk about the bad of drugs,smokes, sex...and stuff that students should not be doing.

    BalasPadam
  15. Memang serius hal ini. Mengapakah akan berlaku perkara ini? Hargailah negara.

    BalasPadam
  16. hanya 51 yang berjaya dikesan...yang tidak berjaya mungkin lebih banyak lagi....

    BalasPadam
  17. kerjasama antara semua pihak adalah perlu bagi memastikan dadah dapat diperangi...janganlah negara kita menjadi serpti negara2 luar seperti brazil dan mexico.

    BalasPadam
  18. diharap dadah akan terus diperangi...dadah musuh no 1 negara.

    BalasPadam
  19. saya rasa kena siasat siapa yang bekalkan dadah kepada penagih dadah di keningau tu? jika tidak semakin ramailah para penagih di keningau.

    BalasPadam
  20. kena siasat faktor-faktor apa yang menyebabkan ramai penagih dadah di keningau? apakah mereka tu semuanya warga tempatan?

    BalasPadam
  21. jika para penagih ni sudah berkahwin...ia bakal menjejaskan sesebuah institusi kekeluargaan yang tidak stabil

    BalasPadam
  22. apa sudah berlaku di keningau? mana orang-orang terlibat yang tidak memantau masalah ni?

    BalasPadam
  23. jika tidak dibendung ia bakal membawa lebih ramai remaja untuk menagih dadah....saya pernah lihat seseorang yang mempunyai ijazah dan bergaji besar, tetapi telah terjebak dengan dadah...dan akhirnya sekarang bagai mayat hidup yang merayau-rayau tiada hala tuju..

    BalasPadam
  24. Masalah penagihan dadah perlu dibanteras dari peringkat akar umbi lagi... Program2 kesedaran mmg patut dilaksanakan bagi menyedarkan masyarakat akan bahaya dadah.

    BalasPadam
  25. Semoga masyarakat akan menjauhkan diri dari dadah.

    BalasPadam
  26. 51 penangih ini pun satu jumlah yang dah cukup banyak. Saya harap jumlah ni dapat dikurangkan dan tak bertambah lagi.

    BalasPadam
  27. Setuju Radzis. Cara terbaik adalah perhatian dan pemantauan daripada i/bapa. Pastikan anak2 tak terdedah dengan kegiatan sosial yang tidak sihat.

    BalasPadam
  28. Apapun semua pihak harus tampil bagi kerjasama dalam menanggani perkara ini.

    BalasPadam
  29. How bad is that. Please don't imitate the Peninsula on the figure.

    BalasPadam
  30. How bad is that. Please don't imitate the Peninsula on the figure.

    BalasPadam
  31. Nampaknya siasatan masih harus dijalankan untuk mengelakkan Sabah dilabel sbg sarang penagih.

    BalasPadam
  32. Indeed. Anyway, keep up the good work.

    BalasPadam
  33. Laporan ini menunjukkan bahawa gejala dadah sudah semakin berkembang. Segerala kenalpasti punca masalah ini dan bendungla sebelum ianya bertambah teruk.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.