PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Bahagian Titiwangsa menyifatkan mereka yang menyebarkan video ucapan Pemangku Ketua Bahagian Umno Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dalam mesyuarat tertutup ibarat Brutus yang mahu membunuh Julius Caesar.
Dalam mesyuarat itu, Johari berkata, jika 70 pengundi Melayu di Titiwangsa menyokong Umno, parti itu tidak lagi memerlukan undi kaum Cina dan India untuk merampas semula kerusi parlimen tersebut.
Kerusi Titiwangsa dimenangi calon PAS, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali setelah mengalahkan calon Umno, Aziz Jamaluddin dalam pilihan raya umum 2008.
"Mereka yang berbuat demikian adalah Brutus yang mahu membunuh Julius Caesar. Brutus ini mahu membunuh karier politik Johari.
"Nampaknya mereka semakin berani sehingga maklumat mesyuarat tertutup dibawa keluar dan diedarkan kepada umum," kata seorang pemimpin tersebut yang enggan namanya disiarkan.
Menurutnya, tindakan Brutus jika tidak dibanteras akan memusnahkan Umno. Beliau berkata, "Dalam Umno terlalu ramai Brutus. Adakah Datuk Seri Mohd Najib (Presiden Umno) mengetahui perkara ini?"
"Di Putrajaya sendiri Najib dikelilingi oleh para Brutus yang akan membunuhnya," katanya.
Brutus atau nama penuhnya, Marcus Junius Brutus merupakan seorang politikus yang pernah masuk dalam lingkaran utama kekaisaran Roma itu hidup pada 85 sebelum Masehi hingga tahun ke-42.
Dalam satu peristiwa beliau membunuh Caesar, sahabat baiknya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.