Ahad, 26 September 2010

Proses Undian Cabang Kota Raja Lewat Dua Jam


TV SELANGOR

KLANG : Proses pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja, hari ini tegang seketika apabila berlaku salah faham antara calon yang bersaing jawatan ketua cabang berkenaan.

Ini menyebabkan proses pengundian tertangguh kira-kira hampir dua jam dari waktu yang dijadualkan berikutan kelewatan Jawatankuasa Pemantau Pilihan raya (JPP) tiba di lokasi pengundian.

Ia berikutan M Telaiamlam yang bertanding kerusi ketua cabang, mempertikai tindakan penyandang jawatan, Xavier Jeyakumar memasuki tempat mengundi tetapi situasi itu reda tidak lama kemudian.

Sehingga jam 1 petang, peratusan mengundi mencapai 20 peratus.

Cabang Kota Raja menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan ketua dan timbalan ketua.

Bagi jawatan ketua, persaingan berlaku antara penyandang, Xavier Jeyakumar, KS Kotapan dan M Telaiamlam manakala kerusi timbalan ditandingi Shuhaimi Shafie, Shaari Abdul Malik dan V Stephen Perumal.

Xavier adalah Exco Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas manakala Shuhaimi adalah Adun Sri Muda.

Proses pengundian bermula jam 10.30 pagi hingga jam 4 petang di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga, melibatkan 7,992 ahli akar umbi cabang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.