(Sumber visual - Utusan Malaysia 26/7/2010)
Akhbar “Penyebar Fikiran Rakyat”, Utusan Malaysia dalam Sisipan Mega bertarikh 26/7/2010 mukasurat 30 telah memaparkan visual artis AF3 Marsha Londoh dengan posing yang sungguh bernafsu dengan baju yang hampir terlondeh.
Hakikatnya sesiapa juga yang melihatnya bukan sahaja terbeliak biji mata tetapi pasti bersyahwat atau istilah remaja hari ini "steam" baik di kalangan remaja, duda, suami-suami, pelajar sekolah, pak lebai dan pak haji. Paling tidak pun akan mengundang berbagai tafsiran liar di dalam kotak minda masing-masing. Mungkin hanya mereka yang tebal iman tidak akan mudah terusik nafsu syahwat mereka.
Apapun masyarakat Malaysia hari ini sedang berperang sengit melawan penzinaan di kalangan remaja Melayu untuk membendung berleluasanya pembuangan anak-anak luar nikah.
Seharusnya apa juga gambar-gambar dan bahan-bahan lucah yang boleh mengundang bangkitnya nafsu syahwat dikawal dan diharamkan sama sekali dari disiarkan dalam akhbar dan TV. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Utusan harus merealisasikan kempen “Kami Prihatin” yang mereka laung-laungkan di dalam akhbar mereka. Mereka harus prihatin untuk tidak bersubahat menggagalkan kempen ini dengan memaparkan gambar-gambar tidak senonoh kerana ia juga bertentangan dengan slogan mereka “Penyebar Fikiran Rakyat”.
Gambar-gambar sebegini tidak harus dijadikan bahan yang sebenar untuk disebarkan dalam fikiran rakyat.
P/s - Salam sayang kepada Ketua Pengarang Utusan, Datuk Aziz Ishak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.