Rabu, 28 Julai 2010

Peneroka Sg Buaya nanti janji UMNO-BN

SELANGOR KINI

RAWANG – Peneroka Felda Sungai Buaya di sini masih menantikan janji UMNO BN untuk melangsaikan wang pendahuluan dan pampasan tanah mereka sepertimana yang dijanjikan pada pilihan raya kecil (PRK) yang lalu.

Pada PRK Hulu Selangor April lalu, UMNO BN berbelanja besar bagi memastikan kerusi Parlimen terbabit menjadi milik mereka. Antara janji manis yang dicanang UMNO-BN seperti yang dilaporkan media massa adalah isu penyelesaian pampasan tanah terbabit.

Para peneroka Sungai Buaya yang sememangnya bergelut dengan masalah tanah semenjak 15 tahun lalu,kini berasa seolah-olah dipermainkan UMNO BN apabila wang yang dijanjikan masih tidak dilangsaikan malah tidak terlihat sebarang usaha bagi menyelesaikan masalah lapuk peneroka sejak kerajaan selangor di bawah pentadbiran UMNO BN.

Menurut Ketua Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, segala permasalahan ini sudah diutarakan kepada kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan perkara ini setelah kerajaan pusat masih gagal membuat sebarang tindakan.

“Setakat ini kami sudah pun berjumpa dengan pihak kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri akan turun padang. kami mahukan hak kami dikembalikan”,katanya.

Seramai 363 peneroka Felda Sungai Buaya keluar daripada tanah rancangan itu pada 1994 bagi memberikan laluan kepada pembangunan dengan setiap peneroka dijanjikan bayaran pampasan RM 1 juta termasuk rumah
oleh pemaju Murna Jaya Development Bhd.

Bagaimanapun projek terbabit terbengkalai ekoran krisis ekonomi 1997 dan sehingga kini peneroka terbabit menerima tidak lebih daripada RM 250 ribu seorang dalam bentuk wang tunai secara ansuran atau rumah.

UMNO BN cuba mengaburi mata peneroka dengan habuan RM 50 ribu sebagai bayaran pendahuluan pampasan tanah oleh kerajaan persekutuan. Bayaran itu dalam bentuk Rm1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk
bank draf yang boleh ditunaikan atau dilaburkan oleh penerima terbabit.

Nilai yang dipersetujui kerajaan persekutuan adalah RM 160 ribu seekar (0.4 hektar) ketika kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.