Jumaat, 28 Mei 2010

Pengurangan subsidi tak dapat dielak


idris_jala1 Oleh Muda Mohd Noor


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata kabinet akan mengumumkan bila rancangan pengurangan subsidi kepada rakyat dilaksanakan.

"Ketika ini pihaknya sedang mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai rancangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menjadi ahli panel Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemudah) Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Idris juga mengumumkan kerajaan akan menaikkan harga bahan bakar (petroleum) tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu tarikh kenaikan itu dilaksanakan.

“Bila dan jumlah kadar kenaikan akan ditentukan oleh kabinet. Kenaikan itu perlu dan tidak boleh dielak berdasarkan situasi semasa,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Idris berkata, "skim subsidi yang dilaksanakan menguntungkan golongan kaya. Jadi tidak wajar lagi subsidi diteruskan."

Walaupun subsidi akan dihapus atau dikurangkan kerajaan akan memastikan golongan miskin akan terus dibela," ujar beliau.

11 ulasan:

  1. kesan dari subsidi petrol, wujud pihak2 tertentu yang membawa keluar petrol kita ke luar negara. secara tidak langsung, malaysia juga turut membiayai subsidi petrol negara jiran. Ini turut meningkatkan kos penguatkuasaan bagi melengkapkan keperluan logistik, membiayai kemudahan, penyelenggaraan serta pemantauan. oleh itu, pengurangan subsidi ini perlu tapi kerajaan perlu mempertimbangkan kesannya terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. satu formula harus diberikan di mana pengurangan subsidi ini tidak akan membebankan rakyat terutama mereka yang miskin...

    BalasPadam
  4. pemberian subsidi telah banyak membebankan kerajaan, lebih2 lagi semasa kegawatan ekonomi ini, kerajaan terpaksa memotong subsidi untuk mengurangkanbeban mereka. walaubagaimanapun pemotongan ini akan membebankan rakyat terutama golongan miskin. kerajaan perlu ambil alternatif agar golongan ini terus terbela.

    BalasPadam
  5. saya bersetuju yang pengurangan / penghapusan subsidi tidak boleh dielak. tindakan kerajaan mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan ekonomi negara wajar dihormati.

    BalasPadam
  6. defisit belanjawan yang semakin lama semakin meningkat memerlukan kebijaksanaan dan kepakaran dalam meramalkan perkara negatif yang akan berlaku pada negara kita yang baru ingin pulih dari krisis ekonomi. pengurangan subsidi supaya dapat bantu kewangan negara, saya rasa adalah langkah baik kerana defisit belanjawan yang tinggi boleh menyebabkan negara dan rakyat huru-hara. Belanjawan lebih dari pendapatan boleh menyebabkan ramai graduan jadi penganggur, gejala sosial seperti geng jahat, perompak dan perogol seperti yang banyak berlaku masa krisis ekonomi baru-baru ini harus dielakkan. K

    BalasPadam
  7. Saya tetap hormati apapun keputusan yang kerajaan pilih. Cuma saya tetap harap agar ada alternatif lain utk tolong rakyat supaya rakyat tak terus terbeban.

    BalasPadam
  8. Setuju somboi.. amalkan win-win situation supaya rakyat tetap gembira dengan keputusan kerajaan :)

    BalasPadam
  9. pengurangan subsidi memang tatap akan berlaku. beban yang ditanggung kerajaan semakin banyak. dengan pengurangan subsidi, beban kerajaan dapat dikurangkan dan ia daapt meyelamatkan ekonomi negara. memang pengurangan ini akan memberi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah. namun kerajaan tidak akan mengabaikan golongan ini.

    BalasPadam
  10. jika dengan pemotongan subsidi kita dapat menyelamatkan ekonomi negara, kita sebagai rakyat hendaklah menerimanya dengan hati terbuka. janganlah kita terlalu mengharapkan bantuan kerajaan sahaja.

    BalasPadam
  11. Kesan besar dalam kalangan penjual. Mereka terpaksa menaikkan harga barangan, penduduk terpaksa tanggung beban ini. Kerajaan harus fikir tentang ornag miskin di negara ini...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.